25 November 2008
KEBURUKAN DUNIA!
Indahnya dunia ciptaan tuhan ini
Dengan segala perhiasannya
Gunung-ganang, air terjun, laut terbentang,
Bangunan yang indah, harta yang banyak melimpah ruah
Pangkat dan jawatan yang tinggi,
Hiburan yang sangat menghiburkan
Pasangan hidup yang menceriakan hidup
Alangkah indahnya hidup ini,
Tetapi sahabat sekalian…Adakah kita sedar dunia ini adalah fana dan hina?
Adakah kita sedar perbuatan harian kita menggambarkan cinta-nya kita kepada dunia yang hina ini. Renungilah dan fahamilah hadis ini:
Suatu hari, ketika rasulallah melalui suatu bangkai kambing, lalu baginda berkata kepada sahabatnya:
“Tidakkah engkau lihat bangkai ini telah dihinakan oleh pemiliknya?”
Para sahabat menjawab, “Jelas sahaja hina, buangkanlah ia!”. Kemudian rasulullah bersabda, “Demi Zat yang aku dalam kekuasaan-Nya, sesungguhnya DUNIA INI LEBIH HINA LAGI DARIPADA BANGKAI KAMBING INI bagi pemiliknya. Kalau dunia di sisi Allah sebanding dengan nyamuk, tidak akan seteguk air pun diberikan kepada orang kafir,”
Alangkah hinanya orang yang mencintai dunia. Hanya kerana ia hina seperti kambing, maka diberi orang-orang kafir itu minum. Namun, jika ia lebih baik sedikit dari itu (sebanding dengan nyamuk), nescaya sama sekali orang kafir tidak akan mampu untuk bernafas di muka bumi ini.
Keadaan umat Islam sekarang sangat jauh dari sunnah nabi. Kerana masyarakat islam kini mengamalkan islam di pagi hari, tetapi kufur di petang hari
Kebanyakannya begitu. Tak percaya? Atau kita sama dengan mereka?
Adakah kita mahu mengikut jalan yang ramai orangnya? Ataupun yang sikit pengikutnya?
Sahabat sekalian, hidup ini ibarat seorang musafir yang hanya sedang berehat di bawah sebatang pokok.
Adakah masuk akal jika orang tersebut membina mahligai istana besar di bawah pokok tersebut, padahal perjalanannya harus disambung semula dengan segera. Perjalanannya masih jauh lagi.
Renungilah hadis ini pula. Rasulullah SAW bersabda:
“Akan datang sesudahmu kaum-kaum yang makan makanan yang terlazat,
menunggang kuda yang terelok,
mengahwini wanita yang tercantik,
memakai pakaian yang terbaik,
namun perut mereka tidak pernah kenyang,
nafsu mereka tidak puas juga
Mereka memburu dunia pagi dan petang.
Mereka jadikan dunia sebagai tuhan.
Lalu mereka penuhi perintahnya dan mereka perturut keinginannya”.
Student life!
Adakah study membataskan kita untuk solat di awal waktu secara berjemaah
Adakah study membuatkan kita gagal untuk ke kuliah-kuliah agama
Adakah study menyebabkan kita lagi stress, lalu melegakan fikiran dengan berhibur secara melampau…
Lupa untuk berzikir kepada rabb, membaca quran, qiamullail
Gagal untuk berukhuwwah dengan rakan
Adakah terlintas di hati untuk mendapat pujian lecturer ataupun pujian rakan-rakan
Di manakah keihklasan kita untuk menuntut ilmu?
Allah menyuruh hambanya untuk menuntut ilmu untuk menambah iman kepadanya, tetapi kita seolah-olah menjauhi-Nya.
Sahabat sekalian, Allah menjadikan siang dan malam untuk hambanya berfikir tentang kebesaranNya. Tetapi amat malang ada hamba yang berterusan melupakan Allah siang dan malam.
Seperkara lagi, dunia ini hanyalah tempat kita untuk diuji oleh Allah. Balasan pahala yang besar kepada hamba Allah yang beristighfar selepas membuat dosa. Kerana apa sahabat sekalian? Semua anak adam itu melakukan kesalahan. Dan Allah itu maha pengampun, maha penerima taubat, dan Allah amat mencintai hambanya yang sentiasa bertaubat.
Tahukah kita pemuda yang hatinya cinta kepada masjid, gemar untuk solat berjemaah di masjid akan mendapat lindungan Arasy di hari di mana tiada pelindungan yang lain. Bahkan mereka ini akan melintasi titian sirat selaju kilat yang memancar.
Tak nak kah kita Berjaya di akhirat? Ataupun iman kita masih belum mantap untuk yakin akan hari kiamat itu? Nau’dzubillah….semoga kita bersama-sama Berjaya di Sana…
dirujuk dari kitab mukashafah al qulub, imam ghazali
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
thanks a lot for the reminder!
Di manakah keihklasan kita untuk menuntut ilmu?
Allah menyuruh hambanya untuk menuntut ilmu untuk menambah iman kepadanya, tetapi kita seolah-olah menjauhi-Nya
-peringatan yang amat bagus..
Post a Comment