15 January 2009

Dr. Wahan diperlukan...

Assalamualaikkum..
sukalah disini saya berkongsi sebuah cerpen, karangan seorang sahabat..sangat menarik untuk dibaca dan dihayati..slmt membaca.
***********************************************************

Saya memandang classlist di tangan. Sengaja saya sambungkan kontrak
kerja saya sebagai `part timer' di UIA sebagai fasilitator untuk
sistem halaqah di sana.

Sekali lagi saya perbaharui niat.

Niat : Mahu menjentik jiwa-jiwa yang mahu kenal ISLAM. Mahu jawab
depan Allah saya ada alasan nak beli syurga nanti. Mahu cakap depan
Allah, saya bukan duduk saja-saja simpan ilmu. Takut nanti
terkebil-kebil apabila Allah tanya hendak bawa ke mana ilmu semua itu.
Lagi takut kalau Allah bandingkan dengan orang Palestin yang tebus
darah perjuang agama. Saya ini hanya tebus apa. Tenaga dan masa pun
saya masih jimat-jimat takut habis tidak cukup untuk berehat.

Hati : haish, nak berehat lagikah wahai badan?

Saya jalan ke bilik ustaz di CCAC ( Bahagian yang menguruskan halaqah
UIA). Ada seorang ajnabi sedang berbincang dengan ustaz. Saya pandang
lagi classlist. Entah kenapa saya mahu tukar kumpulan. Hanya kerana 4
nama yang asing menggugat keyakinan saya.

Hajat tersampai. Sebab kenapa saya mahu menukar kumpulan itulah
biarlah rahsia. Cuma ketika berbincang dengan ustaz, tiba-tiba hati
saya dicubit-cubit. Hati saya jenuh mencebik-cebik. Bukan tidak sedar
apa yang berlaku tetapi tidak sampai mahu memberi perubahan.

" Ni, student master yang apply nak jadi part timer semua nak pilih
hari jumaat untuk buat halaqah. Tengok major dalam Qur'an Sunnah. Tapi
Suruh berkorban hujung minggu sedikit untuk tarbiyyah students pun tak
mahu. Baru minta sedikit waktu dia. Belum minta tenaga atau darah
untuk Islam."

Wahan-wahan. Sedikit-sedikit kau serang manusia ya.

" Cuba tengok apa jadi kat palestin. Ni, orang kafir tu faham sejarah
lebih dari kita faham sejarah. Kalau kita dok laung Khaibar-khaibar,
mereka juga bukan sekadar laung khaibar tu. Tengok apa yang mereka
buat kat Palestin sekarang. Tu baru sejarah. Mereka faham hadith lebih
dari kita faham hadith. Tak lekang kat mulut orang Islam dok
sebut-sebut, seseorang itu tak sempurna imannya kalau dia tak cintakan
saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri.

Tapi yang dok guna hadis tu siapa? Bila Seorang penganut kafir
dijentik ,menyerbu semua serang Islam. Ni, beratur mayat orang Islam
kat Palestin berapa ramai yang berani nak berdiri depan tank Israel
tebus nyawa? Mana kasih sayang? Nak letak duit seringgit dalam tabung
pun masih takut nanti mati kelaparan tak cukup bajet."

Saya menelan air liur. Bukan saya tak tahu. Bukan saya tak sedar semua
ini. Tapi tiada momentum untuk menggerak daya tubuh. Menjana semangat
berapi-api.

Saya kitari bilik ustaz. Ada banyak kitab-kitab tersusun di rak. Juga
sedikit bersepah katanya banyak fail-fail fasi yang belum dituntut.

Saya mahu membuka mulut. Saya matikan semula. Dicelah lagi.

" Tahu strategi perang?"

" Eh, saya?"

" Tahu?"

Saya diam. Sedikit geleng.

" Kalau musuh attack, kita defend. Musuh attack lagi, kita defend.
Sampai bila boleh bertahan. Lama-lama lembikla sebab dah tak larat.
Mana strategi? Patutnya, musuh attack kita defend. Lepas tu attack
balik. Kita tengok Israel dok attack palestin. Kita kat sini dok
pekik-pekik pertahankan Palestin. Israel tambah lagi bom. Kali ni bagi
fosforus putih. Hangus habis semua orang palestin. Apa kita buat? lagi
kuat kita laung pertahankan Palestin. Mana team attack? Melemahkan
musuh adalah dengan menyibukkan mereka dengan serangan kita."

Hah, mengajar saya tentang perang pula. Tetapi hati saya lebih
terkinja-kinja. Wajah ustaz berkerut-kerut melampiaskan rasa tidak
puas hatinya.

" Macam mana Israel attack kita?"

" Err, erm, dia lancar perang kat Palestin."

" Bukan, cara lagi bijak. Cara mereka sibukkan kita?"

Ustaz cuba memandu saya. Rasa macam betul sahaja jawapan yang saya
sudah beri itu.

" Ha, dia buat MLM juga. Kalau kat Malaysia lainla cara dia attack.
Sejarah mereka tak de kat sini. Buat apa nak buat perang. Apa mereka
buat? Nah, ada team penyebar virus Wahan menjangkiti masyarakat. Lagi
bahaya. Kalau serang dengan perang, takpe juga mati syahid. Ni kalau
serang dengan wahan, mati semua macam pelesit. Tu, awak jejak saja
keluar sikit dari UIA, mangsa-mangsa virus WAHAN tengah tenat diserang."

Wahan.wahan. suatu ketika saya terbaca tentang wahan. Minta jauh Ya
Allah. Menjauhlah Wahan.

Sabda Rasulullah : " Suatu waktu di akhir zaman orang kafir menyerbu
orang Islam seperti binatang buas menghurung bangkai. Sahabat lalu
bertanya : apakah kerana jumlah kami sedikit ya Rasulullah? Baginda
menjawab : tidak, bilangan kamu terlalu banyak tetapi ibarat buih-buih
di lautan. Sahabat bertanya lagi : kenapa sampai begitu ya
Rasulullah?" Baginda menjawab : kerana penyakit wahn iaitu cintakan
dunia dan takutkan mati."- mafhum hadith –

" Erm, fahamkan? Macam mana? Dah tahu nak attack balik?"

Saya mendongak. Sekarang saya faham. Tugas saya adalah pada Wahan!

No comments: