27 May 2009

Taubat Seorang Hamba



Assalamualaikum wbt.

Belum terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada semua kerana lulus our first professional exam bebaru ini. Di samping kegembiraan semua disambut dengan cuti yang panjang, marilah kita terutama diri ini memanjatkan kesyukuran kepada ALLAH SWT yang telah banyak bantu kita walaupun kita banyak buat dosa tak henti-henti. Sepanjang 2 tahun ini, banyak perkara yang telah berlaku pada diri kita semua, baik dan buruk. Namun sudah pasti kita semua bersyukur akan apa yang telah dikurniakan ini.

Seringkali kita sesali dosa yang kita lakukan, seringkali. Lagi-lagi dekat-dekat exam. Dan selalu kita ulang kembali dosa-dosa.

Tidakkah hairan pada diri kita yang yakin akan kematian tapi hidup kita bersuka ria? Tidakkah hairan pada diri kita yang yakin akan bertanggungjawap atas segala amal perbuatan di akhirat nanti, tapi hidup sibuk kumpul harta benda dunia? Tidakkah hairan pada diri kita yang yakin akan alam kubur, tapi hidup kita ketawa bagai nak rak? Tidakkah hairan pada diri kita yang yakin akan alam akhirat, tapi masih boleh hidup bersantai-santai and just be the another muslim? Tidakkah hairan pada diri kita yang yakin akan kehancuran dunia, tapi menggenggamnya erat seperti tidak mahu lepaskan? Tidakkah hairan pada diri kita yang dikatakan intelektual tapi kadang-kadang bodoh dalam soal moral? Tidakkah hairan pada diri kita yang bersuci dengan air, tapi hati masih tetap kotor? Tidakkah hairan pada diri kira yang sibuk mencari cacat dan aib orang lain, tapi tidak sedar akan cacat sendiri? Tidakkah hairan pada diri kita yang yakin ALLAH sentiasa mengawasi kita, tapi masih tak segan silu buat dosa?

Wahai diri kita,

Hari demi hari usia kita makin berkurang sementara kita tidak pernah sedar. Setiap hari Allah datangkan rezeqi kepada kita sementara kita tak pernah pujiNYA. Dengan pemberian Allah yang sikit kita tidak pernah bersyukur. Dengan pemberian yang banyak tidak pernah pula merasa cukup.

Setiap hari Allah bagi rezeqi kat kita tak kira kita jahat ke baik ke, tapi setiap malam pula malaikat datang pada Allah dengan membawa catatan amalan buruk kita. Kita makan dengan lahap rezeqi yang Allah beri, tapi tak segan-segan pula mengkhianatiNYA.

Kalau kita mohon pada Allah, nak lulus exam ke, nak ape ke, Allah kabulkan. Kebaikan tak pernah-pernah putus mengalir untuk kita. Tapi sebaliknya catatan amal buruk kita tak henti-henti sampai pada Allah.

Allah-lah pelindung terbaik kita, sementara kitalah hamba paling buruk bagi Allah. Kita kaut semua apa yang Allah berikan pada kita. Allah tak putus-putus tutup keburukan demi keburukan yang kita buat secara terang-terangan. Allah sungguh malu pada kita, sementara kita tak sedikitpun malu pada Allah. Kita melupakan diri kita tapi asyik mengingatkan orang lain. Kepada manusia kita rasa takut tapi pada Allah kita rasa biasa-biasa saja. Kita takut kalau orang marah pada kita tapi kalau Allah murka kita tidak ambil peduli.

Baru tahu kita ni teruk sebenarnya. Syaitanlah yang buat kita rasa kita ni macam dah OK. Tapi sebenarnya tidaklah begitu. Untuk itu sempena cuti ni marilah kita sama-sama terutama diri ini mintak ampun dengan Allah atas segala apa dosa yang kita buat. Jom Bertaubat dengan sebenar-benar taubat. Pre clinical years dah banyak ajar kita tentang hakikat hidup ni. Semua mesti dah ada azam baru sempena clinical years nanti. Semua mesti mahukan yang terbaik untuk clinical years dan seterusnya nanti. Jadi eloklah kita buka lembaran baru yang putih suci. Bagaimana mahu mulakan? Susah nak mulakan lebih-lebih lagi diri ini yang banyak kekurangan dan keterlanjuran. Bertaubatlah, bersihkanlah hati dari segala yang keruh. Segunung mana pon kemaksiatan yang kita lakukan, ketahuilah rahmat dan ampunan Allah itu seluas langit dan seisinya. Wallahu a'lam. Ampun salah silap.

(Petikan dari sajak Renungan Hamba - Missile)

7 comments:

Anonymous said...

azam baru:jadi rajin & tdk ponteng kelas, niatkan semuanya krn Allah..kpd sape2 yg rajin bg tazkirah atau peringatan, diharapkan apa yg disampaikan itu dipraktikkan krn telinga org yg berkata2 lebih dkt drpd telinga org yg mendengar (itu la analoginya walaupun kadangkala mesej disampaikan secara bertulis)

me said...

Allah baikkan...Dia tak pernah lupakan kita walaupun kita lupakan Dia...kalo kita byk wat dosa, Allah akan ampunkan kita kan...takut sangat...takut tak sempat nak bertaubat.sebab diri nie dah byk sgt wat dosa dan maksiat..Astaghfirullah....AMpunkanlah aku ya Alah.......

ehsan said...

paidi rupenye penulis post ini..
kuuingatkan karyawan mane tadi..
tahniah kepada paidi..teruskan usaha anda dlm bidang penulisan ini...kami sentiasa menyokong kamu dari belakang....

Anonymous said...

Allah ar-Rahman dan ar-Rahim...
kalo kite tgok org bkn Islam pn dpt rezeki bahkan lagi kaya dr kita yg Islam, tu sbb Allah ada sifat ar-Rahman...

faidhi said...

bukan sy yg tulis ehsan. saye quote je. saye tak reti mengaram.

cik siti wan kembang kencut said...

tazkirah yg menarik =)

Anonymous said...

tetiba rase malu sendiri..Allah beri percuma tapi kita tak hargai..so, lepas ni sebab kita dah byk menerima, kenala byk memberi pula..same2 kita perbaiki diri..doakan u sume org mg mjadi muslim yg lbh baik...