"Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada kaum muthraf di negeri itu (supaya menta’ati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya." (Al-Israa` [17]:16)
Kuala Terengganu dikejutkan dengan berita keruntuhan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pagi ini. Kejadian berlaku lebih kurang pukul 9.30 pagi tadi. Mula-mula ingatkan bunyi kapal terbang. Stadium tu lebih kurang 2km dari rumah daku. Memang sungguh bersyukur. ALLAH masih mahu berikanku peluang untuk hidup. Sebabnya memang dah nak pergi main bowling dengan family kat stadium tu pagi tadi. Dah lama adik-adik ajak pergi. Pulak tu scholar baru masuk :-). Ingatkan nakla blanja adik-adik. Ditakdirkan Allah walletku hilang. Duduk cari-cari tak jumpa juga. Kalau tak memang dah sampai stadium pukul 9.00 pagi tadi. Tiba-tiba ada bunyi kuat. Pastu bunyi siren polis, bomba dan seangkatan dengannya tak henti-henti. Ingatkan apa. Rupa-rupanya stadium yang paling modern dan canggih di pantai timur yang menjadi kebanggaan rakyat jelata tu RUNTUH teruk. About 60%-70% damaged: yang sebelumnya sangat GAH seakan kukuh mencengkam bumi.
Benarlah firman Allah dalam surah al-isra':
"Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada kaum muthraf di negeri itu (supaya menta’ati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya." (Al-Israa` [17]:16)
Puncanya? Ada rumors mengatakan makhluk yang di bawah inilah puncanya..
Tak adalah itu cuma dongengan sahaja. Ketika polis interview seorang pekerja binaan yang mana kereta beliau menjadi mangsa runtuhan, beliau mengatakan ada lebih kurang 15 batang tiang bumbung yang patah tidak sempat dibaiki. WALLAHu A'lam sejauh mana kebenarannya. Punca sebenar masih lagi dalam siasatan. Huhu, siasatlah sesiasatnya. Kita tengok jela apa yang akan berlaku nanti. Walaubagaimanapun, bersyukur juga dalam musibah yang menimpa, tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan setakat ini. Esok pagi adalah perasmian Sukan Universiti yang dijadualkan bertempat di Stadium yang sama. Bayangkan kalau esok runtuh. Lagi la susah. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang kepada hambanya.
WALLAHu A'lam.
(credits to Ustaz Azhar Idrus @ www.digitalmukmin.com)
4 comments:
ada pulak unsur2 kelakar disitu ya..menarik2
ayah aku da tahu lame dah benda tu nk runtuh....gempak tak ayahaku..hahaha
alhamdulillah...syukur..
mujur idi x jadi pg maen boling...
kalo x..x dapatla aku nk jumpa idi 3rd year nnti...haha..
p/s:idi,scholar da masuk ke?
wan,camne ayah kau da tau awal2?
ke ayah kau terlibat dlm mereka bentuk stadium tu?hehe..
Post a Comment