29 May 2009
Faith?
Something to share from email.
-------------
An atheist professor of philosophy speaks to his class on the problem science has with God, The Almighty.
He asks one of his new students to stand and.....
Prof:
So you believe in God?
Student:
Absolutely, sir.
Prof:
Is God good?
Student:
Sure.
Prof:
Is God all-powerful?
Student
: Yes.
Prof:
My brother died of cancer even though he prayed to God to heal him.
Most of us would attempt to help others who are ill. But God didn't. How is this God good then? Hmm?
(Student is silent.)
Prof:
You can't answer, can you? Let's start again, young fella. Is God good?
Student:
Yes.
Prof:
Is Satan good?
Student
: No.
Prof:
Where does Satan come from?
Student:
From...God.. .
Prof:
That's right. Tell me son, is there evil in this world?
Student:
Yes.
Prof:
Evil is everywhere, isn't it? And God did make everything. Correct?
Student:
Yes.
Prof:
So who created evil?
(Student does not answer.)
Prof:
Is there sickness? Immorality? Hatred? Ugliness? All these terrible things exist in the world, don't they?
Student:
Yes, sir.
Prof:
So, who created them?
(Student has no answer.)
Prof:
Science says you have 5 senses you use to identify and observe the world around you.
Tell me, son...Have you ever seen God?
Student:
No, sir.
Prof:
Tell us if you have ever heard your God?
Student:
No, sir.
Prof:
Have you ever felt your God, tasted your God, smelt your God? Have you ever had any sensory perception of God for that matter?
Student:
No, sir. I'm afraid I haven't.
Prof:
Yet you still believe in Him?
Student:
Yes.
Prof:
According to empirical, testable, demonstrable protocol, science says your GOD doesn't exist.
What do you say to that, son?
Student:
Nothing. I only have my faith.
Prof:
Yes. Faith. And that is the problem science has.
Student:
Professor, is there such a thing as heat?
Prof:
Yes.
Student:
And is there such a thing as cold?
Prof:
Yes.
Student:
No sir. There isn't.
(The lecture theatre becomes very quiet with this turn of events.)
Student
: Sir, you can have lots of heat, even more heat, superheat, mega heat, white heat, a little heat or no heat.
But we don't have anything called cold.. We can hit 458 degrees below zero which is no heat, but we can't go
any further after that.
There is no such thing as cold . Cold is only a word we use to describe the absence of
heat
.. We cannot measure cold. Heat is energy . Cold is not the opposite of heat, sir, just the absence of it .
(There is pin-drop silence in the lecture theatre.)
Student:
What about darkness, Professor? Is there such a thing as darkness?
Prof:
Yes. What is night if there isn't darkness?
Student :
You're wrong again, sir. Darkness is the absence of something. You can have low light, normal light, bright light, flashing light....But if
you have no light constantly, you have nothing and it's called darkness, isn't it? In reality, darkness isn't. If it were you would be able to make darkness darker, wouldn't you?
Prof:
So what is the point you are making, young man?
Student:
Sir, my point is your philosophical premise is flawed.
Prof:
Flawed? Can you explain how?
Student:
Sir, you are working on the premise of duality. You argue there is life and then there is death, a good God and a bad God. You are viewing the concept of God as something finite, something we can measure. Sir, science can't even explain a thought. It uses electricity and magnetism, but has never seen, much less fully understood either one. To view death as the opposite of life is to be ignorant of the fact that death cannot exist as a substantive thing. Death is not the opposite of life: just the absence of it.
Now tell me, Professor. Do you teach your students that they evolved from a monkey?
Prof:
If you are referring to the natural evolutionary process, yes, of course, I do.
Student:
Have you ever observed evolution with your own eyes, sir?
(The Professor shakes his head with a smile, beginning to realize where the argument is going.)
Student:
Since no one has ever observed the process of evolution at work and cannot even prove that this process is an on-going endeavor, are you not teaching your opinion, sir? Are you not a scientist but a preacher? (The class is in uproar.)
Student:
Is there anyone in the class who has ever seen the Professor's brain?
(The class breaks out into laughter.)
Student
: Is there anyone here who has ever heard the Professor's brain, felt it, touched or smelt it? No one appears to have done so. So, according to the established rules of empirical, stable, demonstrable protocol, science says that you have no brain, sir.
With all due respect, sir, how do we then trust your lectures, sir?
(The room is silent.. The professor stares at the student, his face unfathomable. )
Prof:
I guess you'll have to take them on faith, son.
Student:
That is it sir... The link between man & God is FAITH . That is all that keeps things moving & alive.
this is a true story, and the student was none other than...
Muhammad Ali Jinnah , Founder of Pakistan.
28 May 2009
Perubatan Islam atau Perubatan Muslim? (part2)
Adakah hanya dengan menetapkan bahawa perubatan moden yang menjaga etika, nilai yang tinggi dan moral sudah menjadikan perubatan itu dipanggil perubatan Islam.
Ini tentulah agak sukar kerana perubatan berdasarkan hanya nilai dan moral sangat subjektif dan sangat sukar untuk didefinisikan. Walaupun begitu, etika dan nilai moral yang tinggi adalah salah satu ciri perubatan Islam tetapi tidak hanya behenti di setakat itu sahaja.
PERUBATAN TRADISIONAL MUSLIM
Pada waktu ini, pengamalan perubatan tradisional orang Islam menggunakan ramuan tradisional pada zaman dahulu digelar perubatan Islam.
Mengapa pengamal perubatan tradisional Islam mendapat sambutan daripada orang ramai walaupun perubatan semakin moden?
Ada beberapa sebab. Pertama, kegagalan perubatan moden mencapai ke dalam kawasan-kawasan ceruk dan pendalaman. Sebagai contoh-contoh di kawasan kampung yang sukar dari segi akses, maka pengamal perubatan tradisional Islam akan mendapat tempat.
Kedua, adakalanya perubatan tradisional yang diamalkan oleh orang Islam memang ada keberkesanannya. Ubat tradisional adakalanya telah diuji selama beberapa dekad dan generasi. Sekiranya ia tidak mujarab maka ia sudah lama berkubur, tetapi oleh kerana ia mujarab, ia terus digunakan sentiasa. Contohnya gamat yang boleh menyembuhkan luka telah digunakan selama beratus tahun.
Ketiga, Sikap segelintir orang Islam yang cuba menjauhi daripada perubatan yang ada kena mengenai dengan dunia barat.
Keempat, pengamal perubatan tradisional Islam lebih memandang manusia secara menyeluruh (bukan sekadar penghidap penyakit), mempunyai lebih banyak masa untuk mendengar masalah pesakit dan tidak menggunakan teknologi yang kadang-kadang tidak disenangi oleh segelintir pesakit. Sedangkan di hospital, kebanyakan doktor terpaksa melayan beratus pesakit sehari menjadikan masa bukan berada di pihak mereka.
Malah, kewujudan lebih banyak perubatan tradisional turun temurun yang diamalkan oleh orang Islam sebenarnya bukan satu fenomena lokaliti tetapi menyeluruh ke banyak tempat disebabkan oleh kegagalan perubatan moden untuk menangani isu yang disebutkan di atas.
Walaubagaimanapun, Islam melarang umatnya yang mengamalkan perubatan tradisional menggunakan sihir, menilik nasib dan tangkal. Ada juga yang menggunakan jin atau mengaku mempunyai kuasa mengawal jin. Perbuatan-perbuatan ini telah jelas di dalam Quran dan sunnah adalah syirik dan menghampiri syirik. Ini adalah antara sebab ada perubatan tradisional tidak lagi popular di kalangan umat Islam secara majoriti.
DEFINISI BARU PERUBATAN ISLAM
Cadangan oleh Prof Omar Kasule untuk mendefinisikan Perubatan Islam sebagai amalan perubatan di mana dasar paradigma dan konsep, nilai dan prosedurnya sesuai dan tidak bercanggahan dengan al-Qur'an dan Sunnah. Ia tidak bergantung kepada prosedur dan ubat-ubatan tertentu yang menjadikan ia sebagai perubatan Islam tetapi perubatan Islam itu meluas, mencakupi kesemua dan fleksibel, dan melalui proses perkembangan termasuk cara berubat dan pemeriksaan penyakit.
ADAKAH PERUBATAN ISLAM HANYA UNTUK ORANG ISLAM?
Saya tertarik dengan persoalan ini. Adakah Perubatan Islam hanya untuk orang Islam, atau adakah ia adalah universal dan mencakupi ke seluruh dunia tanpa mengira agama, negara dan warna kulit?
Bila persoalan ini diungkapkan, perubatan Islam tentulah perlu berada pada aras cemerlang atau lebih cemerlang daripada perubatan barat yang ada sekarang.
PERUBATAN BERASASKAN BUKTI CIRI-CIRI PERUBATAN ISLAM
Perubatan empirikal atau perubatan berasaskan bukti (Evidence Based Medicine) adalah satu pembuktian secara saintifik yang telah diamalkan beratus-ratus tahun sejak zaman yunani dan greek dan diteruskan dan didokong oleh saintis Islam pada zaman kegemilangannya kemudian diteruskan oleh saintis barat dan Islam sehingga kini.
Ia adalah prioriti dan dianggap piawai kepada kecemerlangan ilmu saintifik. Malah perubatan berasaskan bukti adalah selari dengan Islam. Walaubagaimanapun, terdapat kelemahan-kelemahan perubatan empirikal yang diamalkan barat seperti "biased", kelemahan dari sudut pemerhatian dan sbg, ia boleh ditambah baik di dalam perubatan Islam.
MENG"ISLAM"KAN BIDANG PERUBATAN
Islamisasi di dalam sistem perubatan adalah perlu kerana sistem perubatan itu sendiri bukanlah hak barat sahaja malah ia adalah satu perkara yang universal. Malah ramai doktor dan saintis Islam telah banyak menyumbang kepada kemajuan bidang perubatan ini.
Perubatan Barat tidak melihat moral dan isu sosial sebagai perkara penting di dalam masalah pesakit. Apabila pesakit datang kerana masalah hati atau liver chirrosis, maka doktor tidak menyentuh tentang keburukan alkohol dan kenapa pesakit perlu berhenti daipada meminum arak. Mereka hanya mahu merawat masalah dan lupa kepada akar masalah tersebut yang bertitik tolak daripada nilai dan moral pesakit.
Begitu juga amalan kapitalis yang menjadikan perubatan hanya untuk mengaut keuntungan dan kekayaan. Ini menjadikan masalah penipuan dan "malpractice" di dalam perubatan adalah tinggi.
Sumber Ilmu di dalam Islam terbahagi kepada 2 iaitu sumber wahyu dan "kawn" atau dunia eksperimen. "Aqal" atau intelektual adalah alat yang diberi kepada manusia untuk menta'kul dan berfikir dan menguruskan 2 sumber ilmu tadi iaitu "wahyu" dan "kawn".
Pemikiran Barat tidak menerima "wahyu" sebagai sumber ilmu. Mereka bersifat materialistik, tidak mempercayai agama dan adalakalanya anti agama. Oleh itu "ghaib" iaitu satu entiti yang tidak dapat dilihat tidak dimasukkan sekali.
Oleh itu mereka bertindak berdasarkan sistem moraliti yang vakum. Tidak ada sistem moral yang berdiri. Oleh itu mereka cuba menyelesaikan masalah perubatan disebabkan oleh moral tadi dengan menggunakan hanya sistem kecanggihan teknologi sahaja. Ini yang menyebabkan kegagalan sistem perubatan barat berbanding Islam.
KESIMPULAN
Keadaan kita sekarang telah diterangkan oleh Imam Shafiie seribu tahun yang lalu yang ditulis oleh Jalaludin as Sayuti di dalam bukunya Tibb an Nabawi.
"Selepas sains yang membezakan di antara halal dan haram, saya tidak mengetahui satu pun ilmu sains yang lebih tinggi daripada ilmu perubatan... benarlah, Ahli Kitab telah mengalahkan kita dan meninggalkan kita jauh dari dalam bidang ini..."
Semoga proses Islamisasi di dalam bidang perubatan dapat meningkatkan lagi kemampuan intelektual dan motivasi kita secara prakikal untuk bekerja keras di dalam bidang penyelidikan perubatan agar Islam dapat kembali lagi sebagai pemimpin di dalam bidang ini.
Wallahu A'lam.
27 May 2009
Taubat Seorang Hamba
Assalamualaikum wbt.
Belum terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada semua kerana lulus our first professional exam bebaru ini. Di samping kegembiraan semua disambut dengan cuti yang panjang, marilah kita terutama diri ini memanjatkan kesyukuran kepada ALLAH SWT yang telah banyak bantu kita walaupun kita banyak buat dosa tak henti-henti. Sepanjang 2 tahun ini, banyak perkara yang telah berlaku pada diri kita semua, baik dan buruk. Namun sudah pasti kita semua bersyukur akan apa yang telah dikurniakan ini.
Seringkali kita sesali dosa yang kita lakukan, seringkali. Lagi-lagi dekat-dekat exam. Dan selalu kita ulang kembali dosa-dosa.
Tidakkah hairan pada diri kita yang yakin akan kematian tapi hidup kita bersuka ria? Tidakkah hairan pada diri kita yang yakin akan bertanggungjawap atas segala amal perbuatan di akhirat nanti, tapi hidup sibuk kumpul harta benda dunia? Tidakkah hairan pada diri kita yang yakin akan alam kubur, tapi hidup kita ketawa bagai nak rak? Tidakkah hairan pada diri kita yang yakin akan alam akhirat, tapi masih boleh hidup bersantai-santai and just be the another muslim? Tidakkah hairan pada diri kita yang yakin akan kehancuran dunia, tapi menggenggamnya erat seperti tidak mahu lepaskan? Tidakkah hairan pada diri kita yang dikatakan intelektual tapi kadang-kadang bodoh dalam soal moral? Tidakkah hairan pada diri kita yang bersuci dengan air, tapi hati masih tetap kotor? Tidakkah hairan pada diri kira yang sibuk mencari cacat dan aib orang lain, tapi tidak sedar akan cacat sendiri? Tidakkah hairan pada diri kita yang yakin ALLAH sentiasa mengawasi kita, tapi masih tak segan silu buat dosa?
Wahai diri kita,
Hari demi hari usia kita makin berkurang sementara kita tidak pernah sedar. Setiap hari Allah datangkan rezeqi kepada kita sementara kita tak pernah pujiNYA. Dengan pemberian Allah yang sikit kita tidak pernah bersyukur. Dengan pemberian yang banyak tidak pernah pula merasa cukup.
Setiap hari Allah bagi rezeqi kat kita tak kira kita jahat ke baik ke, tapi setiap malam pula malaikat datang pada Allah dengan membawa catatan amalan buruk kita. Kita makan dengan lahap rezeqi yang Allah beri, tapi tak segan-segan pula mengkhianatiNYA.
Kalau kita mohon pada Allah, nak lulus exam ke, nak ape ke, Allah kabulkan. Kebaikan tak pernah-pernah putus mengalir untuk kita. Tapi sebaliknya catatan amal buruk kita tak henti-henti sampai pada Allah.
Allah-lah pelindung terbaik kita, sementara kitalah hamba paling buruk bagi Allah. Kita kaut semua apa yang Allah berikan pada kita. Allah tak putus-putus tutup keburukan demi keburukan yang kita buat secara terang-terangan. Allah sungguh malu pada kita, sementara kita tak sedikitpun malu pada Allah. Kita melupakan diri kita tapi asyik mengingatkan orang lain. Kepada manusia kita rasa takut tapi pada Allah kita rasa biasa-biasa saja. Kita takut kalau orang marah pada kita tapi kalau Allah murka kita tidak ambil peduli.
Baru tahu kita ni teruk sebenarnya. Syaitanlah yang buat kita rasa kita ni macam dah OK. Tapi sebenarnya tidaklah begitu. Untuk itu sempena cuti ni marilah kita sama-sama terutama diri ini mintak ampun dengan Allah atas segala apa dosa yang kita buat. Jom Bertaubat dengan sebenar-benar taubat. Pre clinical years dah banyak ajar kita tentang hakikat hidup ni. Semua mesti dah ada azam baru sempena clinical years nanti. Semua mesti mahukan yang terbaik untuk clinical years dan seterusnya nanti. Jadi eloklah kita buka lembaran baru yang putih suci. Bagaimana mahu mulakan? Susah nak mulakan lebih-lebih lagi diri ini yang banyak kekurangan dan keterlanjuran. Bertaubatlah, bersihkanlah hati dari segala yang keruh. Segunung mana pon kemaksiatan yang kita lakukan, ketahuilah rahmat dan ampunan Allah itu seluas langit dan seisinya. Wallahu a'lam. Ampun salah silap.
(Petikan dari sajak Renungan Hamba - Missile)
Yg dilakukan apabila mendapat khabar gembira
Rasulullah s.a.w apabila mendapat khabar yg menyenangkan atau sesuatu yg baginda senangi, baginda terus melakukan sujud syukur kepada Allah Tabaraka wa Ta’ala. (diriwayatkan oleh Ahlus Sunan selain An-Nasa’I, lihat sahih ibnu Majah I/233)
Dalam riwayat yg lain, Rasulullah s.aw apabila mendapat sesuatu yg menyenangkan hati, baginda mengucapkan:
الْحَمْـدُ للهِ الَّذي بِنِـعْمَتِهِ تَتِـمُّ الصّـالِحات
Segala puji bagi Allah yg dengan segala nikmatNya segala kemaslahatan boleh tercapai
Dan apabila menghadapi hal yg menyusahkan, baginda mengucapkan:
الْحَمْـدُ للهِ على كُـلِّ حال.
Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan (lihat Sahih Al-Jamie’ iv/201)
Disini nabi s.aw menyandarkan segala kenikmatan yg diperolehinya kpd Allah ‘Azzawajalla dan tetap memujiNya walaupun berada dalam keadaan susah.
Begitulah sikap yg seharusnya ada pada diri setiap orang yg beriman. Dengan setiap kebaikan yg diperolehinya, tidaklah ia menyandarkan kepada dirinya sahaja, tetapi ia menyandarkan kpd Pemberi Nikmat itu sendiri!!! Manakala kesusahan yg dialaminya tetap tidak menghalang dirinya untuk memuji Allah..
“Sungguh menakjubkan urusan org mukmin. Semua hal adalah baik baginya, dan hal itu tidak akan terjadi kpd org yg beriman. Jika ia mendapat kelapangan ia bersyukur, dan hal itu adalah baik baginya. Jika mendapat kesulitan ia bersabar, hal itu juga adalah baik baginya.”(hadith riwayat Imam Muslim/2999)
Syukur merupakan tanda2 bagi orang yg mempunyai iman di dalam hatinya baik dlm keadaan senang mahupun susah.
Al-Imam ibnu Al-Qayyim rahimahullah berkata:
Syukur adalah terlihatnya tanda2 nikmat Allah pada lidah hambaNya dalam bentuk pujian, di hatinya dlm bentuk cinta kepadaNya, dan pada tubuh badannya dalam bentuk taat dan tunduk. (Madarij As-salikin/384)
Syukur bukanlah difahami dengan ungkapanpujian kpd Allah s.w.t semata2 (sebagaimana yg difahami oleh segelintir umat Islam), tetapi ia juga memerlukan pengamalan anggota badan dengan beriltizam dgn syariatNya dan juga amalan hati dengan sentiasa tunduk dgn perintahnya.
Oleh itu, marilah bersama2 kita bersyukur kepada Allah diatas kebaikan dan kejayaan yg dianugerahkan kpd kita dengan sentiasa melakukan ketaatan kepadaNya dan mengelakkan diri daripada perkara2 yg boleh mengundang kemurkaan daripadaNya. Gunakanlah masa lapang yg ada untuk beramal soleh dan mempelajari agama Allah. Wallahua’lam.
26 May 2009
Perubatan Islam atau Perubatan Muslim? (part 1)
Sumber: http://drazwan.blogspot.com/
Assalamualaikum,
Konsep perubatan Islam difahami dengan pelbagai sudut oleh pelbagai pihak. Perbezaan ini lebih dikelirukan dengan pendapat-pendapat daripada mereka yang tidak berbelakangkan bidang perubatan. Terma perubatan Islam dan perubatan Muslim digunakan secara wewenang seolah ia adalah perkataan yang sama dan membawa maksud yang sama.
Prof Dr Omar Hassan Kasule, pensyarah dari Universiti Brunei telah mengupas maksud derihal terma ini. Beliau seorang pakar epidemiology lulusan Harvard yang merupakan seorang lulusan doktor perubatan. Berasal dari Uganda, mahir di dalam 6 bahasa termasuk bahasa Arab, beliau pernah menjadi professor saya di UIAM di dalam bidang Islamic Reveal Knowledge dan Epidemiology. Beliau adalah di antara yang awal membentangkan kertas kerja tentang perubatan Islam moden di banyak negara termasuk Malaysia. Beliau memperkatakan masalah ini dari sudut yang lebih meluas termasuk perubatan Islam dengan menggunakan al-Qur'an dan Tibb Nabawi.
KENAPA TOPIK INI PENTING?
Ramai yang silap faham atau atau sekadar memahami bahawa perubatan Islam itu hanyalah doa, jampi dan amalan herba dan makanan yang disebut Rasulullah atau yang disebut di dalam al-Qur'an sahaja. Atau ada yang menganggap perubatan Islam itu adalah ketika "melawan JIN" atau "makhluk halus". Ada yang memahami perubatan Islam sebagai bacaan ayat-ayat suci al-Qur'an sahaja.
Topik ini sangat penting kerana, apabila masyarakat Islam ingin mengadakan sebuah institusi seperti Hospital Islam, kita harus kembali kepada persoalan tuntas. Perubatan yang bagaimana harus dilaksanakan dan dipraktikkan? Tentulah Hospital tersebut perlu melaksanakan perubatan yang bercirikan Islam. Jadi definisi dan terma Perubatan Islam itu sendiri perlu jelas. Pada dasarnya apakah itu Perubatan Islam?
Bagaimana pula Universiti Islam yang ingin mengajar perubatan Islam di Universitinya? Perubatan Islam yang bagaimanakah perlu diajar? Apakah pendekatannya? Perubatan Islam yang sebagaimana?
Oleh itu artikel saya ini sedikit sebanyak akan mengupas isu apa itu perubatan Islam yang diamalkan oleh Hospital-hospital yang berteraskan Islam. Ia harus meluas, fleksibel di dalam kepungannya yang unik dan tersendiri, di mana batas dan ruangannya dan sebagainya.
PERUBATAN BERSUMBERKAN AL-QUR'AN - TIBB QUR'ANI
Ada yang berpendapat bahawa Perubatan Islam itu adalah perubatan yang disebut di dalam al-Qur'an. Al-Qur'an banyak menyentuh tentang penyakit spiritual dan penyakit fizikal di dalam ayat-ayatnya. Al-Quran menegaskan bahawa penyembuh segala penyakit adalah dari Allah SWT kerana DIA adalah Maha Penyembuh.
Al-Quran juga menyentuh tentang halal dan haram makanan yang boleh membawa kepada penyakit, makan berlebihan, dan panduan tentang ubat-ubat yang datang daripada madu lebah. Qur'an juga ada menyentuh tentang kejadian manusia, penyakit berjangkit, keburukan alkohol, kejadian manusia dan kebaikan berpuasa.
Hakikatnya al-Qur'an adalah buku panduan untuk kejayaan umat Islam di dunia dan di akhirat. Ia adalah dalil kewujudan Allah dan membuktikan bahawa Allah adalah Maha Bijaksana dan Maha Pencipta. Ia bukanlah satu buku teks perubatan khusus. Ia tidak menetapkan ubat yang khusus untuk penyakit yang khusus. Ia menyuruh manusia supaya berfikir, berusaha dan menambah ilmu untuk kebaikan manusia yang lain. Sesiapa yang menyelamatkan seorang manusia seolah-oleh dia menyelamatkan seluruh Umat. Pendekata al-Quran membawa pengertian lebih besar dan luas daripada hanya khusus kepada masalah kecil di dalam perubatan.
Prof Omar Kasule tidak pula menerangkan tentang aspek sesetengah golongan orang Islam mengkomersialkan ayat-ayat al-Qur'an sebagai air-air jampi yang dibotolkan dan dijual untuk meraih keuntungan di atas nama perubatan. (Saya pun tak bertanya pula). Adakah wajar mengambil keuntungan sebegitu dengan menjanjikan sesuatu penawar kepada penyakit yang adakalanya tidak ada lagi rawatan yang boleh menyembuhkan pada masa ini.
PERUBATAN CARA RASULULLAH SAW - TIBB NABAWI
Selain daripada al-Qur'an, sumber perubatan Islam boleh diperolehi daripada Tibb an-Nabawi.
Tibb An-Nabawi - atau perubatan berasaskan perkataan dan perlakuan Rasulullah juga telah didefinisikan sebagai perubatan Islam. Sahih Bukhari telah meriwayatkan 129 hadis Rasulullah yang berkaitan dengan perubatan Islam. Habbatus Sawda' dicadangkan oleh Rasulullah sebagai ubat secara umum dan telah dibuat kajian secara intensif oleh ramai Professor Islam dan menunjukkan peningkatan sistem imuniti melaluinya.
Banyak juga Tibb an-Nabawi yang menyentuh tentang masalah spiritual. Di dalam perubatan nabi inilah maka sistem asas perubatan Islam diperkenalkan iaitu setiap penyakit itu ada ubatnya. Ini sepatutnya menyedarkan ramai Saintis Islam tentang pencarian ubat-ubatan kepada penawar penyakit yang masih belum dijumpai melalui eksperimen secara piawai mengikut tahap yang diterima dunia.
Penyataan bahawa semua penyakit itu ada ubatnya, pada pendapat saya harus berada di dalam satu konotasi yang betul. Adakah wajar apabila seseorang yang mengatakan di dalam Islam, semua penyakit ada ubatnya, lalu mengambil segenggam daun yang entah dapat dari mana, lepas tuh meletakkan namanya dengan nama "Misai Harimau" dan mempromosikan inilah ubat untuk kanser hati, kanser itu dan kanser ini. Walhal, tiada satu pembuktian pun telah dibuat melalui eksperimen yang diterima pakai oleh ahli bijak pandai? Bolehkan ini diselarikan dengan 'semua penyakit ada ubatnya'?.
Apa-apa yang Rasulullah sebut adalah sentiasa benar dan boleh dipraktikkan. Doktor Islam tidak sewajarnya mempertikaikan tentang perubatan Rasulullah SAW kerana ia sangat berkesan pada zamannya dan juga sebahagiannya kini. Tibb Nabawi banyak mengajar tentang Penjagaan Kesihatan secara "Primary" iaitu rawatan pencegahan. Pencegahan adalah lebih baik daripada merawat oleh itu ia adalah aspek yang sangat penting sehingga kini.
Cara Rasulullah menjaga adab makan sebagai contoh boleh mengelakkan segala macam penyakit yang timbul akibat masalah nutrisi masa kini. Kesihatan mental, kebersihan seksual (membersihkan diri, mandi, berkhitan), menjaga persekitaran dan kebersihan dan menjaga penyakit berjangkit sangat berkesan dan diamalkan setiap hari oleh semua umat Islam. Malah penyakit psikosomatik - penyakit fizikal yang berasal daripada masalah mental - banyak disembuhkan melalui cara-cara spiritual seperti ibadah dan amalan doa yang dilakukan oleh Rasulullah.
Cuma keterbatasan dari sudut penyakit dan diagnosis pada ketika itu, sumber ubat-ubatan, penyakit-penyakit baru yang timbul dan pelbagai kemajuan dari aspek perubatan menjadikan ilmu-ilmu pada masa itu tidak mencukupi untuk menampung perkembangan ilmu-ilmu perubatan kini yang semakin pesat. Amat sukar untuk memastikan rawatan apa untuk penyakit yang bagaimana pada waktu ini kerana perbezaan penyakit yang ada pada waktu itu dan kini.
21 May 2009
My Only Wish
All your armies, all your fighters
All your tanks, and all your soldiers
Against a boy holding a stone
Standing there all alone
In his eyes I see the sun
In his smile I see the moon
And I wonder, I only wonder
Who is weak, and who is strong?
Who is right, and who is wrong?
And I wish, I only wish
That the truth has a tongue
17 May 2009
Saat-Saat Terkabulnya Doa
1. Waktu sepertiga malam terakhir di waktu orang lain terlelap dalam tidurnya. Allah SWT berfirman:
“…Mereka (para muttaqin) sedikit sekali tidur di waktu malam, dan di akhir malam, mereka memohon ampun (kepada Allah).”(QS. Adz-Dzariyat: 18-19).
Rasulullah SAW bersabda:
“Rabb (Tuhan) kita turun di setiap malam ke langit yang terendah, iaitu saat sepertiga malam terakhir, maka Dia berfirman : Siapa yang berdoa kepadaKu maka Aku kabulkan, siapa yang meminta kepadaKu maka Aku berikan kepadanya, dan siapa yang meminta ampun kepadaKu maka Aku ampunkan untuknya”. (HR. Al-Bukhari no. 1145, 6321 dan Muslim no. 758).
Dan Amr bin Ibnu Abasah, Nabi SAW bersabda:
“kedudukan yang paling dekat seorang hamba dengan Tuhannya adalah saat ia dalam sujudnya dan jika ia bangun melaksanakan shalat pada sepertiga malam yang akhir. Karena itu, jika kamu mampu menjadi orang yang berdzikir kepada Allah pada saat itu maka jadilah.” (HR. At-Tirmidzi, Ahmad dan di-shahih-kan oleh At-Tirmidzi, Al-Hakim, Adz-Dzahabi, dan Al-Albani).
2. Waktu antara adzan dan iqamah, saat menunggu shalat berjama’ah. Sayangnya waktu mustajab ini sering disalahgunakan sebagian umat Islam yang kurang mengerti sunnah atau oleh orang yang kurang menghargai sunnah, sehingga diisi dengan hal-hal yang tidak baik dan tidak dianjurkan Islam (cth:membicarakan urusan dunia, atau hal-hal lain yang tidak bernilai ibadah.)
Ketentuan waktu ini adalah berdasarkan hadits Anas bin Malik RA, bahwasanya Rasulullah SAW bersabda:
“Doa itu tidak ditolak antara adzan dan iqamah, maka berdoalah!” (HR. Ahmad dan Ibnu Hibban, shahih menurut Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan menurut Al-Arnauth dalam Jami’ul Ushul).
Juga berdasarkan hadits Abdullah bin Amr Ibnul Ash RA, bahwa ada seorang lelaki berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya para muadzin itu telah mendahului kita”, maka Rasulullah SAW bersabda: “Ucapkanlah seperti apa yang diucapkan oleh para muadzin itu dan jika kamu selesai (menjawab), maka berdoalah, maka doa kamu pasti akan dibalas” (HR. Abu Dawud dan Ibnu Hibban, di-hasan-kan oleh Al-Arnauth dan Al-Albani).
3. Pada waktu sujud. iaitu sujud dalam solat atau sujud-sujud lain yang diajarkan Islam. Seperti sujud syukur, sujud tilawah dan sujud sahwi. Dalilnya adalah hadits Abu Hurairah RA, bahwasanya Rasulullah SAW bersabda:
“Kedudukan hamba yang paling dekat dengan Tuhannya adalah ketika ia dalam keadaan sujud, maka perbanyakanlah doa.” (HR. Muslim).
Dan hadits Ibnu Abbas RA, ia berkata : “Rasulullah SAW membuka tabir (ketika beliau sakit), sementara orang ramai sedang berbaris (solat) di belakang Abu Bakar RA, maka Rasulullah SAW bersabda:
“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya tidak tersisa dari mubasysyirat nubuwwah (kabar gembira selepas kenabian) kecuali mimpi bagus yang dilihat oleh seorang muslim atau diperlihatkan untuknya. Ingatlah bahwasanya aku dilarang untuk membaca Al-Qur’an ketika ruku’ atau ketika sujud. Adapun di dalam ruku’, maka agungkanlah Allah dan adapun di dalam sujud, maka giatkanlah berdoa, kerana (hal itu) boleh mengabulkan doa kalian.” (HR. Muslim).
4. Setelah solat fardlu. iaitu setelah melaksanakan solat2 wajib lima waktu, termasuk slps solat Jum’at. Allah berfirman:
“Dan bertasbihlah kamu kepada-Nya di malam hari dan selesai shalat.” (QS. Qaaf: 40).
Juga berdasarkan hadits Umamah Al-Bahili, ia berkata : “Rasulullah SAW ditanya tentang doa apa yang paling didengar (oleh Allah), maka beliau bersabda: “Tengah malam terakhir dan setelah solat2 yang diwajibkan.” (HR. At-Tirmidzi, ia berkata: hadist ini hasan).
Karena itu Imam Syafi’i dan para pengikutnya berkata, dianjurkan bagi imam dan makmumnya serta orang-orang yang solat sendirian memperbanyakkan zikir, wirid dan doa setelah selesai solat fardhu. Dan dianjurkan membaca dengan perlahan, kecuali jika makmum belum mengerti maka imam boleh mengeraskannya agar makmum boleh mengikutnya. Setelah mereka mengerti, maka semua kembali pada hukum yg asal iaitu sirri (samar-samar). (Syarh Muhadzdzab, III/487).
5. Pada waktu-waktu khusus, tetapi tidak diketahui dengan pasti batasan-batasannya. yaitu sesaat di setiap malam dan sesaat setiap hari Jum’at. Hal ini berdasarkan hadist Jabir RA, ia berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya di malam hari ada satu saat (yang mustajab), tidak ada seorang muslim pun yang bertepatan pada waktu itu meminta kepada Allah kebaikan urusan dunia dan akhirat melainkan Allah pasti akan mengkabulkan doanya.” (HR. Muslim).
Hadits Abu Hurairah RA, bahwa Rasulullah SAW pernah menyebut hari Jum’at, beliau bersabda:
“Di dalamnya ada satu saat (yang mustajab) tidaklah seorang hamba muslim yang kebetulan waktu itu sedang mendirikan solat (atau menunggu shalat) dan memohon kepada Allah sesuatu (hajat) melainkan Allah pasti mengabulkan permohonannya.” dan Nabi mengisyaratkan dengan tangannya akan sedikitnya saat mustajab itu. (HR. Al-Bukhari).
Di dalam hadist Muslim dan Abu Dawud dijelaskan: “iaitu waktu antara duduknya imam (khatib) sampai selesainya solat (Jum’at)”. Inilah riwayat yang paling shahih dalam hal ini. Sedangkan dalam hadist Abu Dawud yang lain Nabi memerintahkan agar kita mencarinya di akhir waktu Ashar.
An-Nawawi rahimmahullah menjelaskan bahwa para ulama berselisih dalam menentukan saat ijabah ini sehingga menjadi sebelas pendapat. Yang benar-benar saat ijabah adalah di antara mula naiknya khatib ke atas mimbar sampai selesainya imam dari solat Jum’at. Hal ini berdasarkan hadist yang sangat jelas dalam riwayat Muslim di atas.
Imam An-Nawawi rahimmahullah melanjutkan: “Adapun hadist yang berbunyi: ‘Carilah saat itu pada akhir sesudah Ashar’ (HR. Abu Dawud dan An-Nasa’i dengan sanad shahih), maka hal ini memberi kemungkinan bahwa saat ijabah itu boleh berpindah-pindah, kadang-kadang di saat ini, kadang-kadang di saat itu seperti halnya lailatul qadar.”
Imam Ahmad rahimmahullah berkata: “Kebanyakan ahli hadits menyatakan saat itu adalah setelah Ashar dan diharapkan setelah tergelincirnya matahari.” berlainan dengan Ibnu Qayyim. Beliau menjadikannya sebagai dua waktu ijabah yang berlainan. Dalam Kitab Al-Jawabul Kafi beliau berkata:
“(Pertama), jika doa itu disertai dengan hadirnya hati dan kesungguhannya dalam berkonsentrasi terhadap apa yang diminta, dan bertepatan dengan salah satu dari waktu-waktu ijabah yang enam itu, iaitu :
- Sepertiga akhir dari waktu malam.
- Ketika adzan.
- Waktu antara adzan dan iqamah.
- Setelah solat2 fardlu.
- Ketika imam naik ke atas mimbar pada hari Jum’at sampai selesainya shalat Jum’at pada hari itu.
- Waktu terakhir setelah Ashar”.
(Kedua), jika doa tadi bertepatan dengan kekhusyu’an hati, merendahkan diri di hadapan Sang Penguasa. Menghadap kiblat, berada dalam keadaan suci dari hadats, mengangkat kedua tangan, memulai dengan tahmid (puji-pujian), kemudian membaca shalawat atas Muhammad. Lalu bertaubat dan beristighfar sebelum menyebutkan hajat. Kemudian mengharap kepada Allah, bersungguh-bersungguh dalam memohon dengan penuh kefaqiran,dengan rasa harap dan cemas. Dan bertawassul dengan asma dan sifatNya serta mentauhidkanNya. Lalu ia dahului doanya itu dengan sedekah terlebih dahulu, maka doa seperti itu hampir tidak tertolak selamanya. Apalagi jika memakai doa-doa yang dikabarkan Nabi SAW sebagai doa yang mustajab atau yang mengandung Al-Ismul-A’zham (Nama Allah Yang Mahabesar).”
Ya Allah, kabulkanlah doa-doa kami.
Sumber rujukan :Syekh Muhammad Thariq Muhammad Shalih, A’malul Muslim filYaumi wal Lailah.
Al-Hafidz Ibnu Hajar, Fathul Bari 11/132.
An-Nawawi, Majmu’ IV/487 dan 548 -550.
Ibnu Qayyim, Al-Jawabul Kafi Hal 12.
Dan lain-lain-(“Saat-Saat Terkabulnya Doa”, “Abu Hamzah)
12 May 2009
10 May 2009
08 May 2009
03 May 2009
Tiada yang boleh memberikan mudarat melainkan Allah
“Dengan nama Allah yang dengan namaNya, tidak ada suatupun yg dapat memberikan kemudaratan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Dibaca tiga kali).
Ini merupakan salah satu zikir pagi dan petang yg diajar oleh Rasulullah SAW kepada umatnya. Baginda s.a.w bersabda:
“Barangsiapa membacanya sebanyak tiga kali ketika pagi dan petang hari, maka tidak ada sesuatu pun yang boleh membahayakan dirinya.” (HR. Abu Dawud 4/323, Lihat Shahih Ibnu Majah 2/332, Al-Allamah Ibnu Baaz berpendapat, isnad hadits tersebut hasan)
1. Amatlah wajar bagi sesiapa yg mengamalkan wirid ini supaya memerhatikan kandungan akidah yg terdapat didalamnya. Ianya bukanlah sekadar kata-kata yg dibaca tanpa difahami maknanya tetapi ianya adalah zikir yg dapat meneguhkan jiwa jikalau direnungi dengan mendalam kalimahnya.
2. Kandungan zikir yg ringkas ini menegaskan bahawasanya tidak ada suatu kuasapun yg boleh mendatangkan kemudaratan melainkan Allah s.w.t. Kandungan zikir ini turut diperkuatkan dengan hadith lain yg diriwayat Ibnu Abbas:
Jagalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Jagalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa jikalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaranlembaran telah kering (dakwatnya).
(Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan Sohih)
Menjaga Allah disini bermaksud menjaga hak-hakNya dengan melaksanakan apa yg disuruh dan meninggalkan apa yg dilarang. Ianya tidaklah bermaksud bahawa Allah s.wt berhajat dengan penjagaan makhlukNya (Maha suci Allah drpd sifat yg sedemikian) bahkan makhluklah yg memerlukan penjagaan daripada Allah Rabbul Jalil. Segala perbuatan yg dilakukan hambaNya samaada baik atau buruk tidak pernah menjejaskan sedikitpun kedudukan Allah ‘Azzawajalla.
3. Sesiapa yg meyakini penjagaan Allah keatasnya daripada sebarang kemudaratan hendaklah sentiasa menjaga syariatNya dan juga mematuhi sunnatullah. Menjaga syariatNya adalah dengan cara mematuhi hukum-hakam yg telah ditetapkan oleh Al-Quran dan As-Sunnah. Mematuhi sunnatullah pula adalah dengan cara menjauhkan diri daripada sebarang kemudaratan dan mengelakkan diri drpd terjerumus kedalamnya. (cthnya seperti berenang didalam kolam yg dipenuhi dengan buaya yg kelaparan).
4. Jikalau seorang mukmin itu meyakini perlindungan Allah daripada sebarang bencana, maka dia pasti akan menjadikan Allah sebagai satu-satunya tempat untuk berdoa dan bertawakal . Tawakal dan doa kepada makhluk pula adalah perbuatan yg tercela yg hanya dilakukan oleh org yg tidak berakal. Kerana sifat asal makhluk itu ialah tidak boleh mendatangkan kemudaratan dan menfaat melainkan dengan izin Allah.
5. Jikalau keburukan menimpanya, dia pasti akan bersabar dan redha disebabkan keyakinannya bahawa semuanya itu datang dari Allah ‘Azzawajalla.
Allah s.w.t berfirman:
Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah niscaya dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu. QS 64:11
Al-Qamah berkata daripada Abdullah. Iaitu maksud:‘dan barangsiapa yang beriman kepada Allah niscaya dia akan memberi petunjuk kepada hatinya’ ia adalah seorang lelaki yg jika tertimpa musibah, ia redha dengannya dan ia tahu semua itu berasal daripada Allah.(Sahih Bukhari, Kitab Tafsir, surat At-taghabun, setelah hadith no.4907)
Oleh itu, seorang yg membaca zikir “Dengan nama Allah yang dengan namaNya, tidak ada suatupun yg dapat memberikan kemudaratan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” hendaklah mengimani kandungan akidah yg terdapat di dalamnya. Secara keseluruhannya, ia memberi gambaran kpd kita tentang kekuasaan Allah yg mutlak tanpa ada sesiapun yg mampu menandingiNya. Jadi, apakah alasan bagi kita untuk bergantung harap kepada selain drpdNYa? Apakah alasan bagi kita untuk berdoa dengan meminta kepada nabi-nabi dan para wali? Sedangkan mereka juga adalah hambaNya.. Apakah alasan bagi kita untuk bertawakkal dan menyerahkan nasib kita kepada golongan kuffar, Amerika dan kuncu-kuncunya.. sedangkan manusia tidak berkuasa untuk memberikan sebarang manfaat ataupun mudharat, walaupun seluruh manusia dan jin berhimpun untuk bergotong royong melakukannya.
01 May 2009
KONVENSYEN BERAKHIRNYA AGENDA ZIONIS
Assalamualaikum W.B.T.H
Kepada semua, anda dijemput untuk menghadiri program seperti diatas.
Sila sebarkan kepada sahabat2 yang lain..
PAHALA 4U InsyaAllah.. insyaAllah, uia akan menyediakan bas untuk ke sana.. sebarang update tentang bas akan dimaklumkan kemudian..insyaAllah..
untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang konvensyen ni, boleh layari www.kbaz.net..
KONVENSYEN BERAKHIRNYA AGENDA ZIONIS
Hari/Tarikh: Sabtu/9 Mei 2009
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
Penyertaan: RM 10.00
PEMBENTANG:
Dr. Mohsen Saleh
Pengarah Institute of Islamic Political Thought (IIPT), London
Dr. Azzam al-Tamimi
Pengarah Besar, Pusat Penyelidikan dan Pengajian Az-Zaytouna, Lubnan
Dr. Roslan b Mohd Nor
Penerima Anugerah Akademik Institut Al-Makhtoum 2003 & 2006
PhD in 'Islamic Jerusalem Studies', Aberdeen University Scotland
ATURCARA KONVESYEN
8.00 - 8.30 PAGI: Pendaftaran Peserta
8.30 - 9.30 PAGI: PEMBENTANGAN I - Dr. Roslan bin Mohd Nor
(Kejatuhan Islam dan Kewujudan Negara Israel)
9.30 - 10.00 PAGI: Kehadiran VVIP dan VIP
Ucapan Alu-aluan - Ustaz Abdullah Zaik b Abd Rahman
(Pengerusi Eksekutif Aman Palestin Sdn Bhd)
Ucapan Perasmian - Menteri di Jabatan Perdana Menteri
10.45 - 11.00 PAGI: Jamuan VVIP dan VIP dan jamuan ringan peserta
11.00 - 12.00 TGH: Pembentangan 2 - Dr. Azzam al-Tamimi
(Sejauh Manakah Kesan Kewujudan Zionis pada Dunia Sejagat)
12.00 - 1.00 TGH: Pembentangan 3 - Dr. Mohsen Saleh
(Hakikat Zionis dan Agenda yang Dipropagandakan)
1.00 - 2.00 PTG: Rehat, makan dan solat
2.00 - 3.00 PTG: Pembentangan 4 - Dr. Azzam al-Tamimi
(Peranan Seorang Muslim dalam Menghadapi Musuh Zionis)
3.00 - 4.00 PTG: Pembentangan 5 - Dr. Mohsen Saleh
(Kebangkitan Islam di Palestin dan Status Agenda Zionis Masa Kini)
4.00 - 5.00 PTG: Majlis Penutup
Ucapan Penangguhan - Dr. Kamil Azmi Tohiran
Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)