31 December 2008

KEMPEN DERMA DARAH VT-HTAA BLOOD BANK

MARI RAMAI2 DERMA DARAH HARI NI..KAT MULTIPURPOSE HALL IIUM KOM.. DARI JAM 9.30PG HINGGA 4.30PTG.. TAK DPT TUMPAHKAN DARAH KAT PALESTIN, TUMPAHKAN DARAH UTK RAKYAT MALAYSIA MEMADAI LA.. MARI2!!!!

30 December 2008

QUNUT NAZILAH : KEPENTINGAN KEPADA PEJUANG KEADILAN DAN KEBENARAN

assalamualaikum w.b.t..
kepada sahabat2 semua, bersempena dengan situasi kezaliman dan penindasan yang dahsyat berlaku keatas pejuang islam di serata dunia,terutamanya yang terbaru, di palestin, Maka semestinya bagi pencinta agama Allah dan keadilan digalakkan telus bermunajat kepada-NYA agar mereka yang berjuang menegakkan kebenaran terus thabat dan istiqamah dalam perjuangan…moga Allah memenangkan kaum muslimin dan mengalahkan kaum musyrikin... amien..

DEFINISI QUNUT NAZILAH
Qunut secara istilahnya adalah seperti yang dikatakan oleh Al-Hafidh Ibnu Hajar Al-Asqalani rahimahullah: "Suatu doa di dalam shalat pada tempat yang khusus dalam keadaan berdiri." (Fathul Bari 2/490.) Dan Nazilah artinya malapetaka atau musibah yang turun menimpa kaum muslimin dalam bentuk gempa, banjir, peperangan, penganiayaan dan sebagainya.

HUKUM QUNUT NAZILAH
Qunut nazilah adalah suatu hal yang disyariatkan dan amat disunnahkan ketika terjadi musibah dan kezaliman. Sunnah qunut nazilah ini merupakan pendapat para ulama dari madzhab Hanafiyyah, Malikiyyah, Syafi'iyyah, Hanbaliyyah dan lain-lainnya.
Imam Syafi'i rahimahullah berkata: "Apabila turun musibah kepada kaum muslimin disyariatkan membaca qunut nazilah pada seluruh shalat wajib." (Syarhus Sunnah karya Al-Baghawi 2/279).
Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah berkata: "Apabila turun bencana kepada kaum muslimin, hendaknya imam melakukan qunut dan diaminkan oleh orang yang dibelakangnya." (Al-Mughni 1/450).
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata: "Di kalangan ulama ada tiga pendapat tentang qunut. Yang paling benar dari tiga pendapat tersebut, qunut disunnahkan ketika ada keperluan.،¨ (Taudhih Al-Ahkam).
Pendapat-pendapat diatas tentunya berlandaskan hadis-hadis yang sahih mutawatir seperti hadits Anas bin Malik radhiallahu 'anhu riwayat Bukhari-Muslim yang menjelaskan pelaksanaan qunut nazilah oleh Rasulullahu saw selama sebulan pada peristiwa pembunuhan 60 shahabat penghafal Al-Quran, juga hadis Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu riwayat Bukhari-Muslim.

LAMANYA QUNUT NAZILAH
Dalam hadis Anas bin Malik riwayat Bukhari-Muslim, juga hadis Ibnu Abbas riwayat Abu Dawud dengan sanad hasan dan lain-lainnya, menunjukkan bahwa Nabi shallallahu 'alahi wasallam pada peristiwa pembunuhan 60 sahabat penghafal Al-Quran, baginda berqunut selama sebulan. Namun hal ini tidaklah menunjukkan bahwa pelaksanaan qunut nazilah hanya terbatas selama sebulan, kerana dalam hadis Abi Hurairah radhiallahu 'anhu riwayat Bukhari-Muslim, juga hadis Baro bin Azib, Hifaf bin Ima' riwayat Muslim serta hadis Anas bin Malik riwayat Ibnu Khuzaimah dan hadis-hadis lainnya menjelaskan dalam bentuk umum dan tidak menunjukkan batasan sebulan. Maka dapat dibuat kesimpulan bahwa qunut nazilah tetap dilaksanakan sampai musibah dan kezaliman tersebut diangkat dari kaum muslimin. Dan ini merupakan fatwa dari Syaikh Abdul Muhsin Al Abbad hafidzohullah.

WAKTU QUNUT NAZILAH
Dari hadis-hadis yang menjelaskan tentang qunut nazilah dapat diambil kesimpulan bahwa petunjuk Nabi shallallahu `alaihi wa sallam dalam pelaksanaan qunut, iaitu beliau melakukan qunut nazilah pada seluruh shalat-shalat wajib dan beliau lebih mengutamakan pelaksanaannya pada shalat Maghrib dan Subuh. Akan tetapi beliau tidak melakukan qunut setiap hari pada seluruh shalat lima waktu sekaligus. Ini merupakan fatwa dari Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah. Qunut nazilah dapat dilaksanakan sebelum ruku' atau setelah ruku' di dalam sholat tersebut. Akan tetapi pelaksanaannya setelah ruku' lebih banyak dilakukan oleh Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam. Dua cara ini dicontohkan oleh Rasullah shallallahu `alaihi wa sallam dalam hadis-hadis beliau yang mulia

LAFAZ QUNUT NAZILAH
Tidak ada hadis dari Nabi shallallahu `alaihi wa sallam yang menunjukkan adanya doa khusus dalam qunut nazilah. Siapa yang menelaah pendapat-pendapat para ulama, nescaya ia akan mendapati para ulama memberi keluasan dalam perkara ini. Oleh kerana itu seseorang berdoa di dalam qunut nazilah dengan doa yang bersesuaian keadaan yang tertimpa musibah, kezaliman dan penindasan dan apa yang mereka perlukan. Bahkan Al-Qadli Iyadl rahimahullah menukil kesepakatan jumhur ulama bahwa tidak ada doa khusus dalam qunut. Ibnu Shalah menganggap orang yang berpendapat ada doa khusus dalam qunut adalah pendapat ang aneh dan tertolak, menyelisihi jumhur ulama. Lihat Al-Majmu' 3/477, Majmu' Al-Fatawa 23/108.
Contoh bacaan yg biasa dibaca
اللهمﺇنانجعلك في نحورأعدائناونعوذبك من شرورهم اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم وستت
كلمتهم وزلزل أقدامهموسلط عليهم كلبا من كلابك يا قهار يا جبار يا منتقمياالله ياالله يااللهاللهم يا منزل الكتاب ويا مجري السحاب ويا هازم الاحزابﺇهزمهم ﺇهزمهم ﺇهزمهوانصرنا عليهم
Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 merekaYa Allah,Leburkanlah kumpulan2 mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan merekaGoncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah, Wahai tuhan yang menurunkan kitab, Wahai tuhan yang mengarakkan awan Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.

28 December 2008

Jet Yahudi lancar peluru berpandu sasar pejuang Hamas





GAZA: Israel melancarkan serangan udara besar-besaran terhadap sasaran Hamas di Gaza menyebabkan sekurang-kurangnya 205 penduduk Palestin terbunuh serta memberi amaran kempen itu boleh diperhebatkan jika serangan roket terhadap wilayahnya diteruskan, kata pegawai.

Stesen televisyen al-Jazeera memetik pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh sebagai mengarahkan pejuang pergerakan itu bertindak balas terhadap serangan Israel menggunakan apa cara sekalipun. Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak menegaskan bahawa serangan itu akan diteruskan selagi perlu.

Laporan menyatakan, pesawat rejim Zionis itu melancarkan 30 peluru berpandu terhadap sasaran di Gaza.

Pegawai Kementerian Kesihatan, Moawiya Hassanain mengesahkan jumlah mangsa yang terkorban itu, di samping 310 lagi yang cedera. Di pekarangan bangunan Hamas kelihatan beberapa mayat pegawai keselamatan berpakaian seragam.

Seorang mangsa yang terselamat kelihatan melafazkan dua kalimah syahadah selepas serangan udara itu. Antara mereka yang terkorban termasuk Ketua Polis Gaza, Mejar Jeneral Tawfiq Jaber, kata saksi.

Beberapa bangunan juga rosak teruk. Serangan pertama berlaku sejurus sebelum tengah hari, ketika pelajar dalam perjalanan pulang dari sekolah dan beberapa serangan lain menyusulinya. Asap hitam tebal menyelubungi Gaza manakala kaum wanita bergegas mencari anak mereka di sekolah.

Seorang lelaki duduk di tengah jalan raya di bandar Gaza, berdekatan pekarangan keselamatan, sambil menampar mukanya dan menaburkan kepalanya dengan habuk bangunan terbakar.

"Anak saya sudah tiada," laung Sadi Masri, 57. Peniaga kedai itu meminta anaknya membeli rokok beberapa minit sebelum serangan dan selepas itu tidak dapat mencarinya lagi. "Biarlah saya membakar rokok itu, semoga Israel juga terbakar," kata Masri.

Jurucakap polis, Islam Shahwan berkata serangan dilakukan ketika polis mengadakan majlis tamat pengajian bagi anggota barunya di bandar Gaza. - Reuters/AP

mens double champ




-masterpiece-

26 December 2008

x mas futsal

while those who went home are havin fun with their families,the guys here also knew how to enjoy themselvs..here are some pics





























-masterpiece-

25 December 2008

husam vs KJ




lets talk politic for a while.. dgr dan komen secara terbuka... fikirkan.. (^_^)

penswastaan IJN? adakah satu keperluan??

Negara dikejutkan dengan berita bahawa Sime Darby akan mengambil alih Institut Jantung Negara. Pengambil alihan ini menimbulkan banyak rasa kebimbangan samada caj hospital akan juga dinaikkan daripada sekarang dan samada orang miskin dan pegawai kerajaan mendapat keistimewaan sebagaimana sekarang.

Secara amnya apabila penswastaan berlaku, kualiti sesuatu projek atau organisasi akan meningkat terutama dari segi budaya kerja yang lebih berorientasikan pelanggan, kesungguhan untuk meningkatkan keuntungan dengan cara meningkatkan produk dan pemasaran dan pulangan kewangan kepada pekerja swasta yang lebih tinggi.

Namun tidak semua projek penswastaan yang berjaya. Ada juga yang gagal dan tidak mencapai pulangan keuntungan yang diharapkan. Bahkan lebih teruk daripada itu, terdapat sistem penyampaian dan kualiti perkhidmatan yang lebih kurang serupa atau semakin teruk selepas penswastaan dilaksanakan.

IJN dikatakan mempunyai kelebihan dari segi perkhidmatan yang baik walaupun ia tidak diswastakan jika dibandingkan dengan hospital kerajaan lain termasuk bangunan di sebelahnya iaitu HKL. Kakitangannya nampak professional, pakarnya adalah pakar jantung terbaik negara dan wad serta fasiliti mempunyai kelasnya yang tersendiri. Oleh itu kenapa ia perlu diswastakan?

Adakah ia satu keperluan yang sangat terdesak?

Adakah kerajaan tidak mampu menampung kos kenaikan bil perubatan yang meningkat? Lebih-lebih lagi pesakit jantung di kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat saban tahun.Selepas ini adakah kerajaan akan menaikkan caj rawatan di hospital kerajaan pula? Harap-harap ia tidak akan terjadi.

PM juga menyatakan bahawa perubahan dari segi kemudahan perubatan, kos yang semakin meningkat dan pembayaran gaji yang lebih baik kepada pakar jantung terbaik negara untuk mengelakkan mereka lari keluar ke swasta adalah di antara penyebabnya. Kenapa kerajaan tidak menimbangkan penubuhan "sayap IJN", di mana satu bangunan asing dibina untuk menempatkan pesakit swasta yang inginkan konsultasi dan rawatan daripada pakar jantung negara?

Sayap IJN merupakan tempat rawatan di mana pakar boleh mendapat pendapatan lebih daripada pesakit yang khusus dan rakyat Malaysia masih boleh menikmati caj yang sama sebelum ini. HUKM telah melaksanakannya dan nampak berjaya walaupun terdapat sedikit kelemahan di sini dan sana.

PM akan memastikan bahawa yuran perubatan kepada golongan berpendapatan rendah dan pekerja kerajaan tetap tidak akan meningkat. Kepada golongan rakyat yang lain pula, kerajaan akan memantau caj pembayaran yang dikenakan kepada mereka agar tidak terlalu tinggi. Berapa peratus daripada pesakit IJN yang merupakan mereka yang dikecualikan dari bayaran?

Apa yang dirisaukan, apabila IJN diswastakan, pesakit di IJN akan menjadi lebih kurang kerana tidak mampu untuk membayar caj perubatan, dan pesakit akan kembali membanjiri hospital-hospital kerajaan yang lain. Ini akan membebankan pula doktor-doktor dan kakitangan di Hospital kerajaan yang lain dengan tanggungjawab tambahan.

Pakar Jantung pula akan menjadi lebih kaya. Kalau dulu ada 2 mercedes, sekarang boleh beli 4 mercedes dan beberapa buah banglo. Rakyat Malaysia pula kehilangan satu institusi kerajaan yang selama ini memberi perkhidmatan yang sangat baik dengan caj yang rendah kepada semua pesakit.

Sesiapa yang bukan dari golongan berpendapatan rendah, bukan pekerja kerajaan dan mempunyai sejarah keluarga sakit jantung, penghidap darah tinggi, kencing manis, dan penghisap rokok tegar... Anda boleh mula membeli insurans untuk masa hadapan sekarang...

hmmm...fikirkanlah..we r in this field..

adapted from drazwan.blogspot.com

human anatomy online...




want to share this website..kot rajin nak bkk..ok...di adaptasi dr blog pharmacy.. hihihi..ampun ye kengkawan pmcy.. kte share2 k..

http://www.innerbody.com/

bush & shoes story (^-^)




bush dan kisah kasutnya?? hmm...ini yg berlaku. apabila hati sudah benci dan cukup jijik dgn perangai pemimpin paling biadap abad ini..seorang wartawan Iraq mengumpul sepenuh kekuatan tanpa rasa gentar, dgn beraninya melemparkan sepasang kasut beliau tepat kearah bush..walaupun tak kene, tp tindakan berani ini mendapat sokongan pelbagai pihak dari seluruh dunia.. pelbagai bentuk protes dan demonstrasi menyokong pembebasan pemuda hebat ini..sehinggakan ada yg sanggup membida kasut yg di baling itu dgn harga jutaan dollar..!! tp mgkin ramai tak sedar, pemuda berani itu sedang di seksa hebat pihaak berkuasa atas sebab menghina pemimpin luar.. lebam2 pemuda itu...hmmm...mampu ke kita buat mcm tu?? persoalannya?? jengjengjeng...


(p/s: pernah jugak terfikir satu hari, takde ke sesapa yg berani tembak je si bush ni mcm yg berlaku kat presiden sebelum ni...hihihi..hmm baling kasut pun jadila.. sebagai tanda protes...dan benci akan kekejaman US)

18 December 2008

stil in disbelief

its been a while since i wanted to make this post but i just never got around to it, john has already partly said what i have meant to say for a long time. FIRSTLY i disagree that the problem is only in the back row. .

ever notice that the class is always noisy? especially when thr is no lecturer. remember that time back in primary school, no teacher in the classroom, everyone is yapping away, then someone yells that the guru disiplin is walking down the aisle, its magic how all the havoc disappears and evryone is seated and quiet in a second. BUT if it is just a kind substitute teacher then there is a possibility everyone is stil noisy and the teachers presence makes no difference.
this seems to be the situation right now, not every class fo course but more than once in a while. i dont want to say if i am talking about guys or girls because Dr. Ni Ni already said it in lecture yesterday. if dr Ni Ni or MMC are in the class, so many are stil talking and it is so noisy, not only in the back, all over. but if Dr Imad(microb) or Prof Naznin is lecturing, everyone shuts their yap. what is that about? is it respect or fear? so what i want to say is just this, if you do make it to class (i admit sometimes i dont) and you are stil awake. it doesnt matter where you are sitting, respect the professor and respect the lecture and do everyone a favour by being quiet.

SECONDLY and perhaps much more important is something i should have made a point months ago. this is regarding our visit to the hospital last block for a class with Dr Kyaw and he asked us to visit the ward. on the way to the lift lobby, we were marching like an angry mob with all the noise we were making even while waiting for the lift then we got news that we had to turn back and everyone jz had to make their own sounds of disappointment. all the 'oooooohhh's and the 'alaaaaaaaaaaa's the whole group was so noisy all the way in and all the way out and i want to emphasize that it was especially noisy in the lift lobby.

for God's sake please understand what is a hospital. did anybody other than me realize the looks on the patients and their family walking around and waiting for the lift? can you imagine what they may be waiting for? i did realize some were happy, maybe welcoming a nephew into this world, some were neutral, perhaps thr for a blood test or something, and some had a genuine look of concern on their faces, who knows what news they were dreading to hear. but the whole lot of them were staring at our batch, frankly i am surprised they didnt throw anything at us, thinking we were at disneyland. again i wont say guys or girls cuz you should know, the whole friggin hospital heard you.

arent you ashamed of yourselves?
please take some time to think deeply about this

- Ali G

15 December 2008

Lets start of new and fresh guys!!

why is tat there are stil noises especialy at the back row??..its just tat the sound made is loud n annoyin...it bothers those who is tryin real hard 2 concentrate(the reason i moved 2 da front)...n it didnt end even the lecturer has step in..then come tis sound 'ssshhhhhhhhhh" 2 remind the dumb asses to shut up..

im postin tis only bcuz several ppl tink da problm need 2 be addressd...
so consideration is highly recomended...
peace yall..

09 December 2008

new pics on ipin posted

http://www.flickr.com/photos/masterpiecestudios/

srry if the pics arnt tht good...im still learning
n theres still loads t learn

klu ade tips n/or coments plz cntct me k...

enjoy.......





-masterpiece-

08 December 2008

its just the beginning...

salam aidil adhar to all
these are some pics from ipins majlis....
ill upload the rest in due time

-masterpiece-











28 November 2008

ape sudah jd dgn uia kuantan...???

Apa yang bakal kami dedahkan ini pasti mengejutkan umum.

Seperti tiada kesudahannya, hutan warisan alam semulajadi terus digondol dengan rakus.

Mengikut perancangan awal ia akan dikekalkan sebagai hutan simpan tapak penyelidikan bioperubatan UIAM kampus cawangan Kuantan.

Tetapi apa yang berlaku hutan simpan yang selami ini turut menjadi kebanggan Bandar Lestari Kuantan digondolkan bagi mengambil balak bernilai jutaan ringgit....

truskan pembacaan...

klik here

and here

25 November 2008

KEBURUKAN DUNIA!


Indahnya dunia ciptaan tuhan ini
Dengan segala perhiasannya
Gunung-ganang, air terjun, laut terbentang,
Bangunan yang indah, harta yang banyak melimpah ruah
Pangkat dan jawatan yang tinggi,
Hiburan yang sangat menghiburkan
Pasangan hidup yang menceriakan hidup
Alangkah indahnya hidup ini,
Tetapi sahabat sekalian…Adakah kita sedar dunia ini adalah fana dan hina?
Adakah kita sedar perbuatan harian kita menggambarkan cinta-nya kita kepada dunia yang hina ini. Renungilah dan fahamilah hadis ini:
Suatu hari, ketika rasulallah melalui suatu bangkai kambing, lalu baginda berkata kepada sahabatnya:
“Tidakkah engkau lihat bangkai ini telah dihinakan oleh pemiliknya?”
Para sahabat menjawab, “Jelas sahaja hina, buangkanlah ia!”. Kemudian rasulullah bersabda, “Demi Zat yang aku dalam kekuasaan-Nya, sesungguhnya DUNIA INI LEBIH HINA LAGI DARIPADA BANGKAI KAMBING INI bagi pemiliknya. Kalau dunia di sisi Allah sebanding dengan nyamuk, tidak akan seteguk air pun diberikan kepada orang kafir,”
Alangkah hinanya orang yang mencintai dunia. Hanya kerana ia hina seperti kambing, maka diberi orang-orang kafir itu minum. Namun, jika ia lebih baik sedikit dari itu (sebanding dengan nyamuk), nescaya sama sekali orang kafir tidak akan mampu untuk bernafas di muka bumi ini.
Keadaan umat Islam sekarang sangat jauh dari sunnah nabi. Kerana masyarakat islam kini mengamalkan islam di pagi hari, tetapi kufur di petang hari
Kebanyakannya begitu. Tak percaya? Atau kita sama dengan mereka?
Adakah kita mahu mengikut jalan yang ramai orangnya? Ataupun yang sikit pengikutnya?
Sahabat sekalian, hidup ini ibarat seorang musafir yang hanya sedang berehat di bawah sebatang pokok.
Adakah masuk akal jika orang tersebut membina mahligai istana besar di bawah pokok tersebut, padahal perjalanannya harus disambung semula dengan segera. Perjalanannya masih jauh lagi.
Renungilah hadis ini pula. Rasulullah SAW bersabda:
“Akan datang sesudahmu kaum-kaum yang makan makanan yang terlazat,
menunggang kuda yang terelok,
mengahwini wanita yang tercantik,
memakai pakaian yang terbaik,
namun perut mereka tidak pernah kenyang,
nafsu mereka tidak puas juga
Mereka memburu dunia pagi dan petang.
Mereka jadikan dunia sebagai tuhan.
Lalu mereka penuhi perintahnya dan mereka perturut keinginannya”.
Student life!
Adakah study membataskan kita untuk solat di awal waktu secara berjemaah
Adakah study membuatkan kita gagal untuk ke kuliah-kuliah agama
Adakah study menyebabkan kita lagi stress, lalu melegakan fikiran dengan berhibur secara melampau…
Lupa untuk berzikir kepada rabb, membaca quran, qiamullail
Gagal untuk berukhuwwah dengan rakan
Adakah terlintas di hati untuk mendapat pujian lecturer ataupun pujian rakan-rakan
Di manakah keihklasan kita untuk menuntut ilmu?
Allah menyuruh hambanya untuk menuntut ilmu untuk menambah iman kepadanya, tetapi kita seolah-olah menjauhi-Nya.
Sahabat sekalian, Allah menjadikan siang dan malam untuk hambanya berfikir tentang kebesaranNya. Tetapi amat malang ada hamba yang berterusan melupakan Allah siang dan malam.
Seperkara lagi, dunia ini hanyalah tempat kita untuk diuji oleh Allah. Balasan pahala yang besar kepada hamba Allah yang beristighfar selepas membuat dosa. Kerana apa sahabat sekalian? Semua anak adam itu melakukan kesalahan. Dan Allah itu maha pengampun, maha penerima taubat, dan Allah amat mencintai hambanya yang sentiasa bertaubat.
Tahukah kita pemuda yang hatinya cinta kepada masjid, gemar untuk solat berjemaah di masjid akan mendapat lindungan Arasy di hari di mana tiada pelindungan yang lain. Bahkan mereka ini akan melintasi titian sirat selaju kilat yang memancar.
Tak nak kah kita Berjaya di akhirat? Ataupun iman kita masih belum mantap untuk yakin akan hari kiamat itu? Nau’dzubillah….semoga kita bersama-sama Berjaya di Sana…
dirujuk dari kitab mukashafah al qulub, imam ghazali

detail majlis....

assalamualaikum...seperti yg di war2kan...berikut sedikit detail majlis 7hb ni...
bertempat di:

No. 36 d/a kedai haji hamid,
kampung tiak,mukim kupang,
09200, baling,
kedah darul aman...

majlis nikah akan berlangsung di Masjid Al-Islah, Mukim Kupang..

semua rombongan ke sana akan bertolak pagi 7hb dlm pukul 8.00pg sbb nak budget sampai sana dlm pukul 10pagi..




rombongan pertama akan bertolak dr umah sy di putrajaya pada 4hb untuk menuju ke transit seterusnya di Bukit Merah Laketown Resort (transit pertama) dan ke rumah pakcik tawfeq di penang (transit kedua)...










pada 7hb tu, kte akan menuju kesini.....







zoooommm....






....so between 4hb-7hb tu kte merayap la..huhu..pastu nak jmput gak 6hb ade kenduri kahwin anak pakcik saya merangkap Adun Selinsing..sape yg berkelapangan taknak jln2, jmput datang jgak.. [klik pis utk zoom]

wassalam...

21 November 2008

To All VT members

Assalaamualaikum

To All VT members,

Volunteer Team website has been published.However the content of the website is still under construction.
To all headcom/assistant hc for each biro,eg Omar,Nadirah,Atikah,Aina,Rae and others,please submit intro about your biro to admin as soon as possible.You may submit to vt.volunteerteam@gmail.com

To all friends especially Volunteer Team members,please register your self in VT website.
You may able to view post in VT forum after you log in.
Hopefully that you all can support the VT website.Thank you.:-)Wassalam.



www. volunteerteam.net



Admin Vt Website

20 November 2008

pelantikan contributor baru...

salam...sape2 yg berminat nak jd contributor blog ni...masih di buka.. boleh bg email n nama penuh.. sms pun takpe... ok

{admin}

17 November 2008

survey...





assalamualaikum..
di sebabkan masalah klas yg selalu takde, so tak dpt la kiranya survey dijalankan.. jd dgn ini, nak memudah cara, sape yg nak g baling nnti, enter your personal detail dlm komen pd post ini... tq

from:
ipin merangkap admin blog (^_^)

14 November 2008

introducing....




introducing kehadiran ahli keluarga baru leman...hasil hubungan sulit beliau dgn kucing mane ntah... ini membuatkan perbelanjaan leman bertambah...jd sesapa nak mnyumbang kepada beliau bolehla menghubungi warga talhah....

05 November 2008

our new domain.. (^_^)

this is our new domain for this blog:

www.medic11.f1.cc

u can enter our blog through this domain or from the current one:


11th-colony.blogspot.com

NEW LOOK!!!

admin dah siap edit..what do u feel? enter your vote or if ada komnen...dialu2kan..

p/s: admin sedang mengisi masa terluang...(^_^)

pengumuman rae..

On December 14th, 2008
Royal College of Medicine Perak (RCMP) ade wat prog Fiqh Medic
Theme - Hospital Mesra Ibadah
All are invited.
Jadi klu ade sape2 berminat comment lah.
Then I'll get further info from them. :D

04 November 2008

29 October 2008

Medical Instruments

Assalamualaikum friends,

Medical instrument’s list is now available and order can be made. I would like to suggest to ALL my friends to make your orders as fast as possible, because, the price is on the rise now and will continue to rise...

I am sure, that you guys know that there are three (3) compulsory things that need to be purchased as soon as we reach our third year, they are:

a- Stethoscope

b- Tendon hammer

c- Pentorch

d- Doctor’s coat



There are several brands of stethoscope. Among them are: Littmann, Spirit and Kawa. According, to recommendation by seniors and lecturers, littmann is the current brand that is used now and it is undeniably good for our level. However, spirit is also good and cheaper, but it is of your choice to pick anyone of them. Another interesting fact about littman is that, it has 32 colours of PVC tubing.



Next, is the pentorch. There are several pentorch brands too, they are, spirit and energizer. Spirit pentorch is encased in a metal case meanwhile; energizer pentorch is encased in a plastic case. Both are good and used by our seniors, but energizer is soo much cheaper, but for those who wants to have some ‘style’ while working, spirit pentorch is the one for you.



Finally, the tendon hammer. So far, I have only one brand for this item J Thus, no choice have to be made and life is much simpler.



Owh wait! Not the end of it yet... lastly, doctor’s coat. There are two (2) types of fabric; polyester and cotton. Both materials are good, but polyester material lasts longer and it does not change colour. Meanwhile, cotton being cotton, it is comfortable but as time pass by, it changes colour. But the most important feature about these doctors’s coat, they are custom made! So, it will look nice on you.



So here comes the end, but before that, please remember:

1- make your order ASAP

2- there are three things to be purchased; stethoscope + tendon hammer + pentorch

No! Not the end yet. I have packages for my lovely friends!J Wait and see, ya~ List of medical instruments will be distributed soon!

[fatin kecik]

27 October 2008

doakan kami....









[klik imej untuk zoom]


assalamualaikum..
sahabat yg disayangi..doakan agar majlis ini berjalan dgn lancar dan diredhai ALLAH..doakan agar majlis ini berlangsung dgn sederhana seperti yg kami harapkan... doakan agar kami bahagia menempuh alam baru...doa dr sahabat2 amat kami harapkan..
syukran

24 October 2008

New Look?

it's kinda hard to have a template that is preferable to everyone. help me please. i'll upload the raya pic later. the previous one doesn't look really good.

A Hero That Bleeds

I presume by now everyone already knew that in the night of Oct 22 2008, brothers of our batch were up to the challenge by partaking in a fiercely contested battle - 11th colony Futsal Inter-House Tournament. My congratulation and honour lies but to all of you my brothers.

In the name of the organizer and as a participant from Istana Team, which was initially on the paper tacitly assume to be the winner of the battle that could rob man from the reason of living, if he loses, personally pat on the back of OA Team (O=omar, A=atok) who had been eminently outstanding throughout the tournament to seize the title.

I portray the loss of Istana Team as not unusual and not very unexceptional as heroes do bleed sometimes. I candidly open and warmly welcome the loss as not a single man in this world could stay on top all the times. In a blink of an eye he could fall down and it's good to have had the bitter of losing at an early stage of life and learn from frustration is the most praiseworthy act of all.

As expected, more tournaments will come later on. We have had inter-fan club tournament but it was not very challenging since you know how great (M** U*D) fan club played. Haha. We have already conducted M** U*D FC vs non-M** U*D FC beforehand and well, definitely M** U*D fan club is unbeatable. InsyaAllah in 2 weeks we'll be having another inter-house tournament. But above all, keep in mind that all these tournaments are subjected to strengthening our brotherhood and I really hope that emotionalism is put aside during the tournament. One good thing to play under pressure is that it teaches us how to deal with difficulties and certainly our friendship are put into trial. We have nothing in our history or position to invite aggression. We have everything to beckon us to the cultivation of relations of peace and amity among us. Perhaps sister should conduct this kind of events so that you can sweat a bit.

23 October 2008

pengumuman feroz...

Assalamualaikum..this is feroz..PENTINGGG!!!

Aku nak explen sket pasal buku n brg clinical. Tak sempat kat kelas aritu. Masing2 nak blah cepat. Tolong baca dan sampai2kan.

Regarding buku,

Recommended for you to buy clinical examination talley atau clinical method Hutchinson sebelum clinical years. So semasa buku ni digunakan secara extensively masa 1st month of 3rd year nanti, taklah berlaku masalah buku takda dan sebagainya.
Masa 4th blok aku akan jual buku neuroanatomy.
Pathophysio lippincot supplier baru ni kata seratus lbeh. Xtau lbeh berapa.

Regarding barang clinical


1. Sepanjang 3rd year hanya ada 3 barang sahaja yang kita akan gunakan
• Stethoscope
• Tendon hammer
• Pen torch (2 jenis – plastic or besi)
• White coat (baju dokter)

2. Aku dah tanya senior regarding this. Ini adalah beberapa nasihat mereka. Tak caye, korang bley tanya diorang directly.

• Lecturer clinical expect kita to have stethoscope brand LITMANN sebab sensitivity and quality dia bagus untuk beginner mcm kita. Lgpun bleh pakai smpai jadi H/O and M/O nnt.

• Kalau nak stethoscop yang murah yang harga rm100 lbeh pun ada mcm jenama spirit, yang siap dengan BP measurement yang tak sampai rm100 pun ada, tapi no quality la. Kena sindir dengan lecturer je nanti.

• Kalau yang advance sgt pulak, tak sesuai bg beginner mcm kita. Baru nak blajar basic. So LITMANN lah yg jadi pilihan lecturer n senior.

• Barang2 laen mcm otoscope dll suma akan kita pakai masa 4th yr. So no need to rush now.

3. White coat akan dijual jugak dengan size S, M, L, XL, XXL. Harga rm50-60

4. Aku akan kuarkan borang oder untuk brg2 clinical masa 3rd blok. So borang yang circulate skrg ni kt sister bukanla saya yang punya. Ramai sister yang tanya, juz to clearkan kesalahfahaman. Kenapa 3rd blok? Sbb takda buku yang kena beli untuk blok tu. So taklah beban sgt. Lgpun JPA da masuk time tu kan. So simpan la duit and pakat oder time tu kay.

5. Barang2 ni aku amek drpd distributor yang terus dpd kilang dan bukannya KAMAL. So aku masih contact distributor utk survey harga yang paling murah utk korang. Stethoscope LITMANN aku dapat hrg murah around rm220-230. Tadi distributor kata, kalu total oder sampai 100unit, harga bleh murah lagi dpd rm220 Doa la lg untuk lg murah. Ameen

Tq Tq Tq…
Pesanan: Aku nak kawen jugak..kawen dengan buku..

15 October 2008

Open house

Assalamualaikum..To all, meh la dtg umah cik k, kita breakfast same2..
Tarikh: 19 okt 2008 (ahad)
Masa: 9.00pg-12.ootgh hari
menu (Insya-ALLAH): mi goreng, nasi lemak, roti canai, karipap,agar2
alamat: 73,Lrg Pmtg Badak Baru 30, perumahan Bkt Rangin

Kalo rasa nak sesat, contact cepat2..ingat lagi kan umah?huhu

12 October 2008

MSC AGM 2008

date : 14th October 2008
venue : lecture hall 1, Kulliyyah od Medicine
time : 4.45 pm - 6.60 pm

YOUR ATTENDANCE IS COMPULSORY...tq

10 October 2008

surat seorang ibu.....



hayati lah....

al-fatihah

assalamualaikum...


ibu kepada seorang sahabat kita, saudara zhafri baru sahaja kembali menemui Illahi. Al-fatihah..moga ruh si mati di cucuri rahmat dan doakan moga sahabat kita tabah hadapi dugaan syawal ini...

08 October 2008

30 September 2008

Pantun Raya dari Feroz

Salam,
Di bawah ini adalah Pantun Raya dari Feroz yang dikirimkan baru sebentar tadi melalu SMS.

Buku dijual sumber rezeki,
Ditambah dengan akan si roti,
Hamba menyusun sepuluh jari,
Maaf dipohon di aidilfitri.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATHIN.

27 September 2008

18 September 2008

Ops, Here We Go back to the Issue

Salam,

I just want to clear the misunderstanding, if there is. This is regarding a post entitled ''A Sad Beginning to Ramadhan''. Actually, as clearly indicated at the very bottom of the post, I copied it from http://iiumbloggers.com/2008/09/a-sad-beginning-to-ramadhan/ . So, the readers should respond in the shade of the writer, Master J, a blogger from Kulliyyah of Sciences if I am not mistaken.

My purpose of having posted the cited issue is to make us reflect on one verse of the quran surah Aali-'Imraan, 3:185 in relation to my article in my blog entitled 'Kullu Nafsin Zaaiqatul Maut'.

I was interested with few sentences in the post written by Master J: ''I hope this serves as a reminder to all of us on how we can never anticipate or know when our time will come,'' and ''The timing was just rubbing salt into the wound. 1 day before Ramadhan. That’s why people say (and I’ve said too) that we must always make the most of Ramadhan, because we never know if we will get the chance to live through the next one,'' of which are explained in my article too.

After all, the post is in the view of the writer, meaning to say it is up to the readers whether to accept it or not. The writer might cause a problem when he posted something that is not authentic and turned out to be controversial. He also got some comments from his fellows advicing him to check for its authenticity. I dropped a comment too. However, to be husnuzhon, i think the writer wanted to focus on the lesson from the story. And I think the post serves as an update to what is happening in our beloved iium community consisting of IIUM Gombak, Kuantan, CENFOS and not to forget Nilai. After all, he did not mention any specific names involved. In the Holy Quran, Allah also told us bad stories. These stories are for us to extract lessons and not to blame specific individuals and tribes.

And I, having cited the post without filtering every single information from it, appologize. My bad! Actually, the rule of quoting is legally like that, without removing or adding any additional information to it. But, maybe I should have stressed that the post was quoted from somewhere. Futhermore, I should have expressed my view regarding this issue too as I also have my personal opinion on the issue. Actually, I know about the story as my little brother is a friend of the boy in story. My brother is currently studying at CENFOS and he was among the first being informed. He also has a clear story about what happened and here is not the place to mention it.

It is not that I obviously do not know about the real story as commented by Prihatin saying “DO NOT make assumption if u obviously do not know the real story...", if the comment is for me. Or otherwise (i.e. if the comment is for the writer) there should be no problem =P.

To Prihatin, thanks anyway for your comment that made me feel like writing back. Actually I did not manage to read the whole comment as the post was deleted without me being informed at least one word :'( .

And again, I apologize for any inconvenience caused. Most importantly, we should take lesson from every event we heard or read, not to blame or criticize the subjects personally.

P/s: To our 12 sisters, be strong! Hope to hear more stories like that in the future. Haha just kidding!

17 September 2008

GADIS TERTINGGAL?

salam...

sedikit pengajaran tuk sume...

weh...nape kiter nye spot xpenah mengene?sebab doktor syg kiter lebih....hahahaahha...bukan nk citer psl exam endblock kiter yg BEZ giler....mesti gak bkn psk minitest kiter yg BEJAYE 2...tp citer lame..pasal 12 dak pompuan yg kene tggl bas uia kat gombak....hahaha...camne leh jd ek?

pas brusahe setgh mati dpt bas tumpang..kami pon betolak lh...ngan bangge 1st time pon kls...yahooo....pe yg lg bes thp cipan...dah lah bas betolak lambt,pakcik bas luper nk antar kami ke m3x, leh plak sesat sampai kepong...pecaye x?

tp 2 xcukup mencabar....mamat2 kat quiz 2 xlah ensem cm ketua batch kate awek2 U laen kan...hahah...pas penat gelak ketawe,salin soklan quiz...kami pon ngan sronoknye kene jln dr um ke stesen lrt universiti...jauh gak rupenye...cair makeup...hahaha....dah xder kenderaan...nk wat camne kn...

dipendek kan citer...tengahari ahad 2 dah pon confirm bas...yeye...kul 5 kat tgge bsr...kami pon besronok kat convest...alamak tibe2 ujan...alhamdulillah...sejuk...

kul 4.30 ptg...dh xsbr nk blk...4.45 ptg...pkcik ni skt perot kot bab 2 lmbt...xper, tepon bro yg uruskan bas lah...tepon punye tepon...btol die kater kul 5... de dak yg nek skali besuare...kami telmbt bas kul 4...zup...bederau darah dgr...ade 2 bas kot...xkan kami ditgglkan...tepon pkcik bas haram xdpt..tepon bro td xbejwb...

5.45 ptg dgn usahe besame...CONFIRM KAMI DITINGGALKAN....bup...jatuih teduduk sume....xsangke...camne nk blk ni...tiket bas dgr kater abis dah...pas wat mesyuarat tegempak klh pak lah nye meeting...kami wat keputusan...sesuatu perlu dilakukan..jd dr 12 org kami bepish 2 pasukan...3 org g pudu cr tiket..yg laen tggu tuk tindkn berikot nye...

6.05ptg...dgn bantuan bro Abu(bkn name sebnr) tlg antar kami ke stesen LRT...wah...baiknye die...kami betige pon tekoncoh2 bekejarkan lrt...dgn beg bebondong2..nek turun tkr star...selit2 antara lautan manusia...

7.15 mlm...sampai pudu...Ya ALLAH xder tiket bas langsung...dr sehebat2 MARA liner smpai ke sekecik2 pe tah name bas 2...sume xder...tibe2...nun jauh di sebuah syarikat bas Skemaliner(bkn name sebenar)...ade bas g kuantan...yahoo...kul 9 ni...alamak mereka2 di gombk xsempat lau nk dtg...ahhh...tepakse...9 org tepkse tggu lepas tol gombk...bro...kami nk 12 tiket g kuantan skang...ok...rm20...bapak mahal...tp darurat...cekup jelah...

9.00 mlm...ek mane bas...bekalan makanan tuk 12 org dh dibeli...dak2 kat sane dh berani mati men lintas2 tol...
9.30mlm...bas ngah jam..xdpt msk stesen...kami tepakse bejln dgn sume mknn 2, 3 beg tarik....manelah g lelaki2 budiman skang...tepakse gak ditarik...
9.45mlm...bejln lg...mane gak bas ni...org2 di tol dh mcm anak2 tebiar dah...
10.15 mlm bas smpai...belari2 kami...namun...bup...kami jth lg...bas tmbhan...
10..30mlm...seat bas xcukup...arghhh...xleh jd ni...dgn panasnye sorg bangkit mempertikaikan...tediam gak r bro 2 kene...
10,45mlm...alhamdulillah...dpt gak 12 seat kami..11.15mlm...ya Allah bas ni cm nk tecbt je enjin die..pas ampir bepuluh2 kali ingatkan driver 2 pasal tol...die pon naek fadeup tp kesian ngan kami...die pon lyn jer...
11.45mlm...subhanaallah nmpk dorg duk tepi jln...alhamdulillah sronoknye...dapat pelukan =) betape pentingnye kawan...sayang korg...
12.00mlm betolak pulang...namun disngka ujan panas smpai ptg..ujan ditghari..BAS.TEGOSTAN KE BELAKANG MASE NAEK BUKIT....ya allah...hanye Allah tahu perasaan kami naek bas tu..dgn kelajuan mengalahkan leman bejalan...tp syukur kami tetap besame mengharungi sume ni...
4.30pg...kami tibe dan dijemput pulang...dgn pengalaman ni kami sebenarnye sgt sronok dan besyukur...hahaha...

moral of story....lao nk spot....antar team skodeng tekuat okey......

_dikarang oleh ketua rombongan 12 gadis yg t'tinggal (penulis meminta identiti beliau menjadi MISTERI)_

Reply on Qiyamullail from Medical Point of View

Assalamualaykum w.b.t.

Berdasarkan kajian Prof Dr Mohammad Sholeh, seorang Psycho-Neuroimmunologist / Dekan Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Surabaya.

Solat tahajjud yang hukum asalnya sunat muakkad ( sunnah yang diutamakan ) dan menjadi amalan orang-orang soleh dahulu sangat memberi manfaat selepas dikaji secara saintifik.
Solat ini bukan sahaja amal soleh yang menjadikan manusia terpuji di sisi Allah swt, tetapi juga mempunyai rahsia sebagai salah satu terapi dalam dunia perubatan.

Menurut kajian, solat tahajjud dapat menghindari seseorang daripada serangan cancer. Syaratnya ia dilakukan secara rutin, sempurna, khusyuk dan ikhlas.

Tentu ada yang bertanya, apakah hubungan solat tahajjud dengan kesihatan.
Sebenarnya, jika seseorang mengamalkan solat tahajjud dengan khusyuk, pelaksanaannya tepat dan dilakukan secara berterusan, maka akan wujud perubahan dalam diri mereka.

Di dalam tubuh manusia terdapat satu sistem yang dikenali dengan imun. Imun ini berfungsi melindungi diri dari pelbagai pathogen (parasites yang boleh mendatangkan penyakit) dan toxin (racun). Udara yang dihirup oleh manusia yang kelihatannya bersih sebenarnya mengandungi banyak bacteria dan virus.

Seandainya Allah swt tidak mencipta sistem yang dikenali sebagai immune dalam tubuh manusia, manusia sudah meninggal sejak kecil lagi.

Sistem imun terdapat 9 bentuk. Antaranya dikenali dalam ilmu perubatan sebagai hormone Cortisol, eosinophil, neutrophil, K cell, basophil, macrophages dan immunoglobulin (IgA, IgM, IgG, IgD dan IgE).

Terdapat sel yang dikenali sebagai macrophage, diambil dari kata macro (besar) dan phage (pemakanan). Itu adalah sel yang berfungsi memakan sel lain yang tidak normal. Cara mengeluarkannya dari tubuh bergantung kepada psychology seseorang.

Maksudnya, dalam keadaan jiwa yang tidak tenteram seperti menghadapi anak yang nakal, isteri yang curang atau kerja pejabat yang bertimbun, ekonomi yang gawat menyebabkan seseorang mudah stress atau tertekan. Dalam keadaan seperti itu, jika gambar otak diambil, texture akan nampak kacau.

Namun sekiranya mengamalkan solat tahajjud dengan khusyuk dan ikhlas, hormone-hormone yang ada dalam tubuh akan bergerak normal dan tenang. Ini kerana ia meletakkan Allah di atas segala-galanya.

Jadi jika macrophage tidak seimbang dalam tubuh, maka akan datang bahaya. Malah hal ini menyebabkan tubuh seseorang berpotensi untuk menghidap cancer. Tetapi jika seseorang rajin mendirikan tahajjud, daya tahan tubuh meningkat dan boleh terhindar dari serangan penyakit.
Dalam kajian saintifik, peningkatan keimanan mempunyai kesan langsung kepada keadaan tubuh seseorang. Jika iman seseorang meningkat, ia akan sentiasa berfikiran positif dan berprasangka baik. Maka seiring dengan itu, persepsi seseorang itu terhadap kehidupan akan menjadi lebih baik.

Teori perubatan menyatakan kalau cortisol naik, maka immunology turun. Sebab itu, jika seseorang tahajjud dengan baik dan ikhlas, keadaan jiwanya akan tenang dan hormone lain akan menjadi normal. Sebab itu di Barat, anak-anak kurang cerdas biasanya disuntik dengan campuran andrenocorticotropic hormone (ACTH) supaya membantu anak tersebut menjadi cerdik.

Tetapi jika kita mengamalkan tahajjud dengan sempurna, secara automatik ACTH naik dan hal tersebut boleh membantu kecerdasan umat Islam.
Berdasarkan kaedah perubatan inilah menunjukkan tahajjud menjadikan seseorang memiliki ketahanan yang baik.

Allah knows best.

Assalamualaykum w.b.t.

References

1. http://www.sabah.org.my/mns/allPDF/nov06/TAZKIRAH%2069%20260906%20Tahajjud%20Sembuhkan%20Pelbagai%20Penyakit.pdf
2. http://farouk8.multiply.com/journal/item/7
3. http://halaqah.net/v10/index.php?page=13

P/s: Those who find the above article not convincing and always look for scientific evidences for their source of belief or rather more educational sources kindly read journal Spiritual Medicine in the History of Islamic Medicine at http://www.ishim.net/ishimj/4/08.pdf

03 September 2008

whats your opinion?

assalamualaikum.

just wanna ask if anyone know or can relate inner/spiritual strength with physical strength from medical point of view.(qiamullail as a source of strength)

i was in a tazkirah session and someone asked me this question.i've heard it somewhere but i cant remember, so i didnt answer.

it was such a waste coz ppl are willing to hear from us (medical stdnt), and it was a very good opportunity to give da'wah as well as a preparation for us to be a good MUSLIM DOCTOR.

hope you all can share some ideas.tq. (by: some of our frenz)

spot endblock xm...benda2 penting yg MUNGKIN masuk..

PBQ

-Acute rheumatic fever
-lung disease
-arrhythmia

OSPE

-ECG
-Cardiac axis
-Respiratory function test

SN/ESSAY

-regulation of BP
-exercise on CVS
-acclimatization
-respiration regulation


As usual, read as many as u can...don't barely rely on tis
Gud luck..N selamat berpuasa, kumpul pahala byk2 bulan nie...

02 September 2008

MSC'S AGM???

ANNUAL GENERAL MEETING (AGM), MEDICAL STUDENTS' SOCIETY
DATE : 2nd September 2008
VENUE : Lecture Hall 1
TIME : 4.30 p.m to 6.00 p.m
** limited DOORGIFT available!
** FREE FOOD for breaking the fast is provided!
WHAT ELSE ARE YOU WAITING FOR?
COME AND JOIN US...!!!

24 August 2008

searching for banner designer...

pihak admin ingin membuka tender kepada semua ahli yang berbakat untuk menyumbangkan karya banner anda untuk di gunakan didalam blog dan yahoo group kita.. sesape yg berminat boleh hantar ke email batch @ colony_11th@yahoo.com..

ciri2 banner hndaklah menarik, saiz bersesuaian dan menunjukkan identiti batch kita.. (sila rujuk banner blog yg asal sebagai rujukan)

p/s: berbanggalah dgn hasil karya anda... semua org akan tgk.. hihihi

admin say...

this is our link for our new yahoogroup webpage.. we can discuss about any issue related to our batch collectively.. do invite other members k.. this yahoo group is restricted to our member only.. tq

http://groups.yahoo.com/group/colony_11th

23 August 2008

Inter-Medical School Physiology Quiz

1. Pejal : the journey began on friday morning. i had to skip class to catch a bus to gombak. (siot, aku baru azam xnak ponteng kelas, x dpt la kalahkan syakirah camni)

2. Haidar : the overwhelming number of participants forced the organizer to eliminate several teams by quizzing them via MCQ (negative marking like our minitest). unfortunately, our team failed to qualify to the next round, which is the real quiz. (whipping) T-T

3. Acap & hazwan: ermm, i never expect the medical students, the girls are so cute, especially the philippines. i could even name a few- ****, *****, ****

4. The conclusion is, be prepared for the next quiz! it's already a recognized international medical event, medical schools from all over the world- russia, czech republic, australia, PHILIPPINES(where the cute girls come from), china, thailand, pakistan, india, singapore, taiwan.... it's going to be tougher.

narrated by- HAIDAR

22 August 2008

sekitar pesta buah-buahan tempatan bro...08

kami di pihak brader baru saje selesai melancarkan pesta buah-buahan tempatan yg berlangsung di perkarangan bilik 2.9 mahalllah talhah pinggiran.. byk buah diperkenalkan seperti buah moktey (rambutan), buah duriye (durian), salak, nangka dan juga rambai... kami sgt gembira dpt menikmati buah-buahan ini walaupun agak terkilan pabila ah-long @azmi mula mengutip wang berjumlah RM3 per kapla sejurus selepas kami selesai menikmati buahan2 tersebut... berikut sekitar majlis pelancaran:










20 August 2008

waitin

admin still waiting for batch member to become contributor for our blog.. to those yg berminat boleh email kan alamat email anda ke mail batch at colony_11th@yahoo.com

19 August 2008

my friend, my hobbies

apart from regurgitating what's in the medical textbooks, iium medical students, in general are "good" in talking only about two particular topics-
1. my friend
2. my hobbies

do you sense something wrong with this?
21-year old, second year medical students still emphasize on kindergarten level topics of presentation or public speaking.

when i was a kid, if i were called out to speak in public, these 2 topics were the first to cross my mind. isn't it an embarrassment for international level medical students to talk about it at a primary school pace?

*we would very much love to hear your replies. -john, ali

13 August 2008

amra ajak g kenduri...



salam..
dengan ini diumumkan, salah seorang daripada sahabat wanita yg bernama SITI AMRA, insyaAllah akan mengadakan majlis kenduri doa selamat bersempena hari lahir anak sepupu lelaki beliau (Aqil ,1) , adik lelaki beliau (Haikal, 9) dan ibu beliau (Makcik Lela, 44). Dengan ini, beliau menjemput semua batch 11 untuk sama2 mengimarahkan majlis kenduri + doa selamat tersebut. Berikut adalah butir-butir majlis:
Tarikh: Sabtu bersamaan 16 Ogos 2008
Aturcara : 3.00 ptg..........................Bacaan Yaasin (kaum wanita)
5.00 ptg..........................Jamuan makan (kaum wanita dan lelaki)
selepas isya'...................Bacaan Yaasin (kaum lelaki) & jamuan makan
Turut diundang : Seisi keluarga
Peta ke rumah SITI AMRA ada dilampirkan. Harap dapat hadir.Sekian.

blood donation promo



same2 memeriahkan nya

03 August 2008

to all..


salam...sape2 nak post announcement atau post teguran atau nak promote blog dia atau nak post artikel boleh la di emelkan ke colony_11th@yahoo.com.. pihak admin akan tapis sebelum di publish...sebarang komen boleh di emelkan kan jgak..selamat beramal.. (^_^)

02 August 2008

welcome..


assalamualaikum...
welcome to our site where all our batch members can grab lotz of info and drop comment.. plz observe your words and enjoy this site.. ahlan wasahlan wamarhaban bi kum