17 September 2008

Reply on Qiyamullail from Medical Point of View

Assalamualaykum w.b.t.

Berdasarkan kajian Prof Dr Mohammad Sholeh, seorang Psycho-Neuroimmunologist / Dekan Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Surabaya.

Solat tahajjud yang hukum asalnya sunat muakkad ( sunnah yang diutamakan ) dan menjadi amalan orang-orang soleh dahulu sangat memberi manfaat selepas dikaji secara saintifik.
Solat ini bukan sahaja amal soleh yang menjadikan manusia terpuji di sisi Allah swt, tetapi juga mempunyai rahsia sebagai salah satu terapi dalam dunia perubatan.

Menurut kajian, solat tahajjud dapat menghindari seseorang daripada serangan cancer. Syaratnya ia dilakukan secara rutin, sempurna, khusyuk dan ikhlas.

Tentu ada yang bertanya, apakah hubungan solat tahajjud dengan kesihatan.
Sebenarnya, jika seseorang mengamalkan solat tahajjud dengan khusyuk, pelaksanaannya tepat dan dilakukan secara berterusan, maka akan wujud perubahan dalam diri mereka.

Di dalam tubuh manusia terdapat satu sistem yang dikenali dengan imun. Imun ini berfungsi melindungi diri dari pelbagai pathogen (parasites yang boleh mendatangkan penyakit) dan toxin (racun). Udara yang dihirup oleh manusia yang kelihatannya bersih sebenarnya mengandungi banyak bacteria dan virus.

Seandainya Allah swt tidak mencipta sistem yang dikenali sebagai immune dalam tubuh manusia, manusia sudah meninggal sejak kecil lagi.

Sistem imun terdapat 9 bentuk. Antaranya dikenali dalam ilmu perubatan sebagai hormone Cortisol, eosinophil, neutrophil, K cell, basophil, macrophages dan immunoglobulin (IgA, IgM, IgG, IgD dan IgE).

Terdapat sel yang dikenali sebagai macrophage, diambil dari kata macro (besar) dan phage (pemakanan). Itu adalah sel yang berfungsi memakan sel lain yang tidak normal. Cara mengeluarkannya dari tubuh bergantung kepada psychology seseorang.

Maksudnya, dalam keadaan jiwa yang tidak tenteram seperti menghadapi anak yang nakal, isteri yang curang atau kerja pejabat yang bertimbun, ekonomi yang gawat menyebabkan seseorang mudah stress atau tertekan. Dalam keadaan seperti itu, jika gambar otak diambil, texture akan nampak kacau.

Namun sekiranya mengamalkan solat tahajjud dengan khusyuk dan ikhlas, hormone-hormone yang ada dalam tubuh akan bergerak normal dan tenang. Ini kerana ia meletakkan Allah di atas segala-galanya.

Jadi jika macrophage tidak seimbang dalam tubuh, maka akan datang bahaya. Malah hal ini menyebabkan tubuh seseorang berpotensi untuk menghidap cancer. Tetapi jika seseorang rajin mendirikan tahajjud, daya tahan tubuh meningkat dan boleh terhindar dari serangan penyakit.
Dalam kajian saintifik, peningkatan keimanan mempunyai kesan langsung kepada keadaan tubuh seseorang. Jika iman seseorang meningkat, ia akan sentiasa berfikiran positif dan berprasangka baik. Maka seiring dengan itu, persepsi seseorang itu terhadap kehidupan akan menjadi lebih baik.

Teori perubatan menyatakan kalau cortisol naik, maka immunology turun. Sebab itu, jika seseorang tahajjud dengan baik dan ikhlas, keadaan jiwanya akan tenang dan hormone lain akan menjadi normal. Sebab itu di Barat, anak-anak kurang cerdas biasanya disuntik dengan campuran andrenocorticotropic hormone (ACTH) supaya membantu anak tersebut menjadi cerdik.

Tetapi jika kita mengamalkan tahajjud dengan sempurna, secara automatik ACTH naik dan hal tersebut boleh membantu kecerdasan umat Islam.
Berdasarkan kaedah perubatan inilah menunjukkan tahajjud menjadikan seseorang memiliki ketahanan yang baik.

Allah knows best.

Assalamualaykum w.b.t.

References

1. http://www.sabah.org.my/mns/allPDF/nov06/TAZKIRAH%2069%20260906%20Tahajjud%20Sembuhkan%20Pelbagai%20Penyakit.pdf
2. http://farouk8.multiply.com/journal/item/7
3. http://halaqah.net/v10/index.php?page=13

P/s: Those who find the above article not convincing and always look for scientific evidences for their source of belief or rather more educational sources kindly read journal Spiritual Medicine in the History of Islamic Medicine at http://www.ishim.net/ishimj/4/08.pdf

No comments: