25 December 2008

penswastaan IJN? adakah satu keperluan??

Negara dikejutkan dengan berita bahawa Sime Darby akan mengambil alih Institut Jantung Negara. Pengambil alihan ini menimbulkan banyak rasa kebimbangan samada caj hospital akan juga dinaikkan daripada sekarang dan samada orang miskin dan pegawai kerajaan mendapat keistimewaan sebagaimana sekarang.

Secara amnya apabila penswastaan berlaku, kualiti sesuatu projek atau organisasi akan meningkat terutama dari segi budaya kerja yang lebih berorientasikan pelanggan, kesungguhan untuk meningkatkan keuntungan dengan cara meningkatkan produk dan pemasaran dan pulangan kewangan kepada pekerja swasta yang lebih tinggi.

Namun tidak semua projek penswastaan yang berjaya. Ada juga yang gagal dan tidak mencapai pulangan keuntungan yang diharapkan. Bahkan lebih teruk daripada itu, terdapat sistem penyampaian dan kualiti perkhidmatan yang lebih kurang serupa atau semakin teruk selepas penswastaan dilaksanakan.

IJN dikatakan mempunyai kelebihan dari segi perkhidmatan yang baik walaupun ia tidak diswastakan jika dibandingkan dengan hospital kerajaan lain termasuk bangunan di sebelahnya iaitu HKL. Kakitangannya nampak professional, pakarnya adalah pakar jantung terbaik negara dan wad serta fasiliti mempunyai kelasnya yang tersendiri. Oleh itu kenapa ia perlu diswastakan?

Adakah ia satu keperluan yang sangat terdesak?

Adakah kerajaan tidak mampu menampung kos kenaikan bil perubatan yang meningkat? Lebih-lebih lagi pesakit jantung di kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat saban tahun.Selepas ini adakah kerajaan akan menaikkan caj rawatan di hospital kerajaan pula? Harap-harap ia tidak akan terjadi.

PM juga menyatakan bahawa perubahan dari segi kemudahan perubatan, kos yang semakin meningkat dan pembayaran gaji yang lebih baik kepada pakar jantung terbaik negara untuk mengelakkan mereka lari keluar ke swasta adalah di antara penyebabnya. Kenapa kerajaan tidak menimbangkan penubuhan "sayap IJN", di mana satu bangunan asing dibina untuk menempatkan pesakit swasta yang inginkan konsultasi dan rawatan daripada pakar jantung negara?

Sayap IJN merupakan tempat rawatan di mana pakar boleh mendapat pendapatan lebih daripada pesakit yang khusus dan rakyat Malaysia masih boleh menikmati caj yang sama sebelum ini. HUKM telah melaksanakannya dan nampak berjaya walaupun terdapat sedikit kelemahan di sini dan sana.

PM akan memastikan bahawa yuran perubatan kepada golongan berpendapatan rendah dan pekerja kerajaan tetap tidak akan meningkat. Kepada golongan rakyat yang lain pula, kerajaan akan memantau caj pembayaran yang dikenakan kepada mereka agar tidak terlalu tinggi. Berapa peratus daripada pesakit IJN yang merupakan mereka yang dikecualikan dari bayaran?

Apa yang dirisaukan, apabila IJN diswastakan, pesakit di IJN akan menjadi lebih kurang kerana tidak mampu untuk membayar caj perubatan, dan pesakit akan kembali membanjiri hospital-hospital kerajaan yang lain. Ini akan membebankan pula doktor-doktor dan kakitangan di Hospital kerajaan yang lain dengan tanggungjawab tambahan.

Pakar Jantung pula akan menjadi lebih kaya. Kalau dulu ada 2 mercedes, sekarang boleh beli 4 mercedes dan beberapa buah banglo. Rakyat Malaysia pula kehilangan satu institusi kerajaan yang selama ini memberi perkhidmatan yang sangat baik dengan caj yang rendah kepada semua pesakit.

Sesiapa yang bukan dari golongan berpendapatan rendah, bukan pekerja kerajaan dan mempunyai sejarah keluarga sakit jantung, penghidap darah tinggi, kencing manis, dan penghisap rokok tegar... Anda boleh mula membeli insurans untuk masa hadapan sekarang...

hmmm...fikirkanlah..we r in this field..

adapted from drazwan.blogspot.com

9 comments:

Miyake~ said...

this is just ridiculous! y on earth would the gov wants to privatise IJN wen they're doin so good..i shud knw,cz my father had heart prob n till tday visits IJN for regular check ups.....all the gov cares bt is the money.. it wouldnt b such a loss to the gov if they subsidize IJN anyway,would it?

doc-to-be insya-Allah said...

i agree with miyake. yeah i do think the goverment is so tamak. do they think all malaysians have enough money to pay all the medications. my father is also one the patients there. the drugs given are not 2-3 but more than that! thank God he doesnt need to pay because of the previledges given to those who work under the government. if he needs to pay, i cant imagine how much money it will be. damn government! tak cukup lagi ke duit tol? kalau nk kutip duit byk pn, tolong jgn libatkan hospital. ppl need them!

Anonymous said...

saya rasa ni semuanya sebab duit. bila tujuan hidup sebenar dah keliru dah tak tau, gula pun boleh di katakan masin juga

skm said...

I'm against! Heck, there are a lot of reasons. Malas type. Hehe.

safwan said...

skm sengal....lalala..dota jom

blogger said...

pls comment on something related to the post k.

safwan said...

yeah..agree with blogger..

ai said...

apabila kesihatan mula diindustrikan...
wahai manusia,tlg la jangan kufur nikmat!

Anonymous said...

government tamak haloba. it goes without saying. its extravaganza obvious.