28 December 2008

Jet Yahudi lancar peluru berpandu sasar pejuang Hamas





GAZA: Israel melancarkan serangan udara besar-besaran terhadap sasaran Hamas di Gaza menyebabkan sekurang-kurangnya 205 penduduk Palestin terbunuh serta memberi amaran kempen itu boleh diperhebatkan jika serangan roket terhadap wilayahnya diteruskan, kata pegawai.

Stesen televisyen al-Jazeera memetik pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh sebagai mengarahkan pejuang pergerakan itu bertindak balas terhadap serangan Israel menggunakan apa cara sekalipun. Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak menegaskan bahawa serangan itu akan diteruskan selagi perlu.

Laporan menyatakan, pesawat rejim Zionis itu melancarkan 30 peluru berpandu terhadap sasaran di Gaza.

Pegawai Kementerian Kesihatan, Moawiya Hassanain mengesahkan jumlah mangsa yang terkorban itu, di samping 310 lagi yang cedera. Di pekarangan bangunan Hamas kelihatan beberapa mayat pegawai keselamatan berpakaian seragam.

Seorang mangsa yang terselamat kelihatan melafazkan dua kalimah syahadah selepas serangan udara itu. Antara mereka yang terkorban termasuk Ketua Polis Gaza, Mejar Jeneral Tawfiq Jaber, kata saksi.

Beberapa bangunan juga rosak teruk. Serangan pertama berlaku sejurus sebelum tengah hari, ketika pelajar dalam perjalanan pulang dari sekolah dan beberapa serangan lain menyusulinya. Asap hitam tebal menyelubungi Gaza manakala kaum wanita bergegas mencari anak mereka di sekolah.

Seorang lelaki duduk di tengah jalan raya di bandar Gaza, berdekatan pekarangan keselamatan, sambil menampar mukanya dan menaburkan kepalanya dengan habuk bangunan terbakar.

"Anak saya sudah tiada," laung Sadi Masri, 57. Peniaga kedai itu meminta anaknya membeli rokok beberapa minit sebelum serangan dan selepas itu tidak dapat mencarinya lagi. "Biarlah saya membakar rokok itu, semoga Israel juga terbakar," kata Masri.

Jurucakap polis, Islam Shahwan berkata serangan dilakukan ketika polis mengadakan majlis tamat pengajian bagi anggota barunya di bandar Gaza. - Reuters/AP

4 comments:

Anonymous said...

Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 merekaYa Allah,Leburkanlah kumpulan2 mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka.Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka Ya allah , Wahai tuhan yang menurunkan kitab, Wahai tuhan yang mengarakkan awan Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.

safwan said...

ya Allah.selamatkanlah saudara Islam kami di sn.kuatkanlah hati mereka mnntang kejahatan yahudi.

(tgh byg mcm mn klo kita kna serang.nauzubillah.bila nk kutip derma lg?)

Anonymous said...

ya Allah, bantulah mujahidin di palestin sana. tanamkanlah di hati kami agar sama ingin berjihad jika datang masanya, jika Engkau izinkan. sesungguhnya mati di jalan Mu itu cita-cita kami tertinggi. kuatkanlah keimanan dan ketaqwaan serta ruh kami untuk kuat menghadapi musuh-musuh Mu itu, Yahudi laknatullah.. sahabat sekalian apa yang boleh kita buat waktu ini ialah terus berdoa untuk mereka, dan kuatkan ukhuwwah antara kita agar suatu masa nanti kita akan terpilih untuk berjuang bersama mereka...

pemikir hina said...

ada sekurang2nya 3 benda kita bley buat skarang:
1- DOA
2- hulurkan sumbangan(melalui badan2 yang terlibar secara langsung eg: aman palestin)
3- Boikot barangan keluaran syarikat yang menyokong Yahudi laknatullah

same2 la kita buat ikot kemampuan masing2. kuang2 doa la kan.semoga dgn usaha sedikit ini, sekurang2ny kita terlepas dari pertanggungjawaban di akhirat nanti