28 March 2009

aneh ke tidak aneh?





















lokasi kejadian: cafe kak ana.
tarikh kejadian: 230309, 13:29
yg sblh lg tdk dpt dikesan..(sape la makan)
moral: _________________?

20 March 2009

...ESQ...

Salam. Jemputan ke preview Emotional Spiritual Quotient(ESQ) anjuran SRC pd 23/3/09(isnin) jam 9mlm di CF bro. Akan disampaikan oleh Pak Firdaus dr ESQ Team Indonesia.PERCUMA. Mari kenali potensi,emosi dan spiritual anda melalui teori 165 (ihsan, rukun iman dan rukun Islam)

12 March 2009

PPSMI

Saya rasa isu pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris semua orang tau, tapi ada yg terlebih kisah, ada yang x kisah pun. yang terlebih emotional pun x kurang gak.

suara mahasiswa adalah suara ketiga terkuat di malaysia, selepas kerajaan dan pembangkang. maksud suara terkuat di sini adalah, to some extent, we have the power to make changes that we think will benefit our people.

tapi kadang2, emosional menguasai minda sehingga kebolehan dan kewarasan berfikir hilang. nvm~

so, apa pendapat korang tentang isu ni? lontarkan pandangan anda. oh, but please don't get emotional by mixing your thought with political critics. tqx

personally, i think it's stupid to say that learning these subjects in english has made students less "malay". i am, to some extent against the policy due its poor execution plus it looks to me that more harms are done than the goods.

11 March 2009

jOm jOm jOm!!!

jOm...!!!
half of the price will be donated to Palestinians!!!
this is one of the way for us to help them...
jihad fisabilillah!

Istimewa: IBU MITHALI

IBU MITHALI

PENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya, telah terkalung pingat "Ibu Mithali". Tangan kanannya menggenggam erat satu sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah iringan. Anaknya setia melangkah di sisi.

"Sekarang ...," suara pengacara majlis bergema kembali, "Tibalah kita kepada penerima anugerah "Ibu Mithali" yang terakhir. Penerima ini agak lain daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan Puan Afifah Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk tampil memperkenalkan ibunya. Dipersilakan. "

Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat itu. Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis berkulit hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun.

Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik ke pentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yang kelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja mereka dijemput?

Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakai sepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudung ungu kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas.....(continue reading)

pengumuman untuk kelas parenting...

assalamualaikum w.b.t

perhatian kepada sesiapa yang ambil kelas parenting (terutama dari batch kita la), ada satu program yg wajib kita semua hadiri, detail seperti berikut:




SEMINAR PARENTING
14 MAC 2009 (sabtu)
8pg - 5ptg
AUDITORIUIM KULLIYYAH OF SCIENCES
KEHADIRAN DI WAJIBKAN
(20 MARKAH DARI MARKAH KESELURUHAN)



Sekian.. so sama2 lah kita hadiri ye..

10 March 2009

Barang Cetak Rompak & Fotocopy Buku

Barang Cetak Rompak & Fotocopy Buku

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net


pirate software

SOALAN

Saya ada menjalankan perniagaan fotokopi dan percetakan komputer secara kecil-kecilan salah satu universiti awam. Masalahnya ustaz, saya menggunakan perisian windows dan microsoft office yang pirate. Saya tahu bahawa tindakan saya ini salah tapi untuk mendapatkan yang original, harganya terlalu mahal.

Saya harap dapat Ustaz jelaskan hukum pendapatan daripada perniagaan yang menggunakan perisian pirate ini dan harap dapat ustaz berikan jalan untuk saya selesaikan masalah ini.....

JAWAPAN

Saya rasa jawapannya sudah jelas apabila anda sendiri telah mengerti bahawa ia adalah salah. Ini adalah kerana, harta intelek telah diiktiraf Islam sebagaimana difatwa oleh para ulama sedunia sebagai harta persendirian. Justeru kita tidak boleh mengambil dan menggunakan yang tiruan KHUSUSNYA apabila software tersebut diniagakan. Ini bermakna apabila seseorang menjadikan barang tiruan sebagai ‘tulang belakang' perniagaannya. Perniagaan tersebut adalah haram, hasilnya juga haram.

Ia adalah berdasarkan keputusan Majlis Kesatuan Ulama Sedunia ( Majma Fiqh Islami) dan juga keputusan Majlis Fatwa Eropah yang disebut oleh Syeikh Dr Yusof AL-Qaradawi.

DIA KAFIR

Ada orang yang cuba berhujjah mengatakan bahawa Bill Gates adalah kafir, so tiada masalah untuk menggunakan yang pirate. Selain itu ada juga yang menyatakan beliau sudah terlalu kaya, maka penggunaan anda tidak memberikan apa jua kesan kepada kekayaannya.

Hujjah ini adalah meleset dan tertolak dalam Fiqh Islam, kerana Muslim tidak dibenarkan untuk mencuri harta orang kafir (kecuali kafir yang sedang berperang dengan Islam seperti tentera Amerika yang berada di Iraq). Dalam keadaan tiada sebarang peperangan fizikal yang jelas, maka perisian windows adalah harta syarikat Microsoft dan pemilikan itu adalah diiktiraf oleh Shariah dan diharamkan untuk sesiapa sahaja dicerobohi sesuka hati. Dalilnya terlalu banyak, cukuplah Rasulullah s.a.w dan para sahabat berjual beli dengan orang bukan Islam, Yahudi serta Kafir Musyrik, semua itu menunjukkan umat Islzma tidak dibenarkan mencerebohi dan mestilah membelinya dengan cara yang halal.

Pendapatan hasil dari perniagaan perisian pirate adalah antara syubhah dan haram sahaja, tidak lain dari itu. Adapun, bagaimana untuk mengurus pendapatan atau hasil yang anda telah yakin haram, anda boleh membaca dalam artikel saya yang lepas.

PENGECUALIAN

Namun begitu, menurut sebahagian ulama, sekiranya para pelajar ingin menggunakan software untuk komputer peribadinya dan bukan untuk perniagaan, hukum mungkin lebih ringan terutamanya jika pelajar ini benar-benar ketandusan wang untuk mendapatkan yang original. Sedangkan ia amat memerlukan komputer dan perisiannya untuk tujuan pembelajarannya. Tatkal aitu, ada ulama yang mengharuskan atas asas : -

a- ‘Hajat Mendesak' dan kedudukan kewangan bermasalah. Berdasarkan kaedah Fiqh :

الحاجة تنزل منزلة الضرورة عامة كانت أو خاصة

Ertinya : "Suatu keperluan yang boleh jatuh dalam kategori terdesak samada ia berbentuk umum atau khusus" (Al-Ashbah Wa An-Nazair, hlm 89)

b- Hanya untuk kegunaan peribadi dan tidak dikomersilkan.

c- Bertempoh, ertinya apabila kedudukan kewangannya sudah baik, ia perlulah membeli yang original.

Demikian juga halnya keadaan para pelajar di Universiti. Sebagai contohnya terdapat pensyarah yang menjadikan buku tertentu sebagai silibus dan bahan rujukan. Setiap subjek mungkin sehingga 5-6 buku digunakan.

Sudah tentu, pelajar tidak mempunyai budjet untuk membeli buku-buku tersebut yang mungkin amat tebal dengan harga tinggi. Lalu tatkala itu, pelajar DIBENARKAN mem'fotostat' halaman TERTENTU yang berkait dengan pembelajarannya, ia juga diharuskan kerana hajiat.

Kembali kepada kes saudara, jika benar-benar saudara menghadapi kesukaran wang (hanya saudara dan Allah yang tahu) untuk membeli yang original, terdapat keringanan untuk anda menggunakan yang produk tiruan itu dulu buat sementara waktu. Ketika perniagaan sudah dapat menjana keuntungan yang baik dan stabil. Tiada lagi ‘keperluan mendesak', maka tatkala itu WAJIBLAH untuk bertukar dan membeli yang original.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

09 March 2009

PBL 2 Y2B4

Lechimee, a 45 years old Indian widow was referred to HTAA Kuantan with complaint of difficulty in swallowing for 1 month duration.

ha selesaikan kaih!!

02 March 2009

Sujud Syukur

Apakah sikap kita apabila mendapat kejayaan? Apakah pula reaksi kita apabila lulus dalam peperiksaan? Pernahkah kita bersujud kepada Allah Rabbul-Jalil tanda kesyukuran kita? Sahabat-sahabat semua, mari kita kerjakan sunnah ini yg telah ditinggalkan oleh ramai manusia iaitu……

Sujud Syukur

Sujud syukur termasuk petunjuk Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam dan para shahabatnya ketika mendapatkan nikmat yang baru (nikmat yang sangat besar dari nikmat yang lain) atau ketika tercegah dari musibah/adzab yang besar.

Hukum Sujud Syukur

Jumhur ulama berpendapat tentang sunnahnya sujud ini.

Di antara hadits-hadits yang digunakan adalah :

a. Hadits dari Abi Bakrah :

Artinya : "Nabi Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam apabila datang kepadanya berita yang menggembirakannya, beliau tersungkur sujud kepada Allah.

b. Hadits :
Artinya : "Bahwasanya Ali radhiallahu 'anhu menulis (mengirim surat) kepada Nabi Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam mengabarkan tentang masuk Islamnya Hamdan. Ketika membacanya, beliau tersungkur sujud kemudian mengangkat kepalanya seraya berkata : "Keselamatan atas Hamdan, keselamatan atas Hamdan."

c. Hadits Anas bin Malik :

Bahwasanya Nabi Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam ketika diberi kabar gembira, beliau sujud syukur.

d. Hadits Abdurrahman bin Auf :

Artinya : "Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda, Jibril Alaihis Salam datang kepadaku dan memberi kabar gembira seraya berkata : "Sesungguhnya Rabbmu berkata kepadamu, 'barangsiapa membaca shalawat kepadamu, Aku akan memberi shalawat kepadanya. Dan barangsiapa memberi salam kepadamu, Aku akan memberi salam kepadanya.' " Maka aku sujud kepada-Nya karena rasa syukur.

Bagaimana syarat-syarat dilaksanakannya sujud syukur?

Imam Shan'ani menyatakan setelah membawakan hadits-hadits masalah sujud syukur di atas : "Tidak ada pada hadits-hadits tentang hal ini yang menunjukkan adanya syarat wudhu dan sucinya pakaian dan tempat."

Imam Yahya dan Abu Thayib juga berpendapat demikian. Adapun Abul 'Abbas, Al Muayyid Billah, An Nakha'i, dan sebahagian pengikut Syafi'i berpendapat bahwa syarat sujud syukur adalah seperti syarat didalam shalat.

Imam Yahya mengatakan pula : "Tidak ada sujud syukur dalam shalat walaupun satu pendapat pun."

Abu Thayib tidak mensyaratkan menghadap kiblat ketika sujud ini.

Imam Syaukani merajihkan bahwa dalam sujud syukur tidak disyaratkan wudlu, suci pakaian dan tempat, juga tidak disyaratkan adanya takbir dan menghadap kiblat. Wallahu A'lam.

(Dipetik dari Majalah SALAFY/Edisi XXIV/1418/1998/AHKAM)