12 March 2009

PPSMI

Saya rasa isu pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris semua orang tau, tapi ada yg terlebih kisah, ada yang x kisah pun. yang terlebih emotional pun x kurang gak.

suara mahasiswa adalah suara ketiga terkuat di malaysia, selepas kerajaan dan pembangkang. maksud suara terkuat di sini adalah, to some extent, we have the power to make changes that we think will benefit our people.

tapi kadang2, emosional menguasai minda sehingga kebolehan dan kewarasan berfikir hilang. nvm~

so, apa pendapat korang tentang isu ni? lontarkan pandangan anda. oh, but please don't get emotional by mixing your thought with political critics. tqx

personally, i think it's stupid to say that learning these subjects in english has made students less "malay". i am, to some extent against the policy due its poor execution plus it looks to me that more harms are done than the goods.

32 comments:

Anonymous said...

sume mende ade baik buruknye. wallahualam

Anonymous said...

from my POV, nothing wrong with the idea, objektif nmpk ok, but perlaksanaan very poor. some parts of malaysia are not well-developed like kl n other bandaraya, cikgu pun kurang. yg basic pun still terkapai2 (3m still x lps di peringkat menengah), ni kn nk implement benda 2. so, apa kata shunt kan duit utk plaksanaan 2 twrds something more productive utk student luar bandar. klu bnd ni keeps going on, there'll be areas in msia yg akan sgt2 ketinggalan...

Anonymous said...

but then, to think again.. klu bnd ni dmansuhkan or xpernah diwujudkn skali pun, de beza x pd tahap penguasaan BI di kalangan student kte?

Anonymous said...

aku yang tak belajar math n sains in BI pun bleh je amek mdc. Bleh je ckp BI. Kerajaan sepatutnya kaji pengajaran bahasa English tu sendiri bukan amek subjek lain ajar dlm BI

systen said...

Bismillah

kata aku..

klo lah dinilai dr perlmbagaan ak, ak tidak sokong PPSMI, kan klo ak skong kn d cop sbgai pnderhaka rukun negara..

klo pendapt ulama' tu dijdkn pndapat yg tertnggi, ak sekali lg tidak skong PPSMI..ulama' kt bhwa bhasa ni ad perkaitan lgsung dgn pegangn dan falsafah khidupan dan mnyedari btapa sekularisasi bhasa akan mmbwa kpd sekularisasi khidupn muslim..um , btol ke?

klo lah dinilai dr sudut anak bangsa keseluruhanny, ak 2kali tidak skong PPSMI, terpikir nasib anak2 bnagsa di luar bndar, klo kt bndar xyah cite lah, malah ak skong PPSMI tuk bdak kt bandar,.ak tgk klo PPSMI d jlnkn nnt yg kt rural area lg ketinggalan, jd mcm sistem kapitalism, yang kurg cerdik jd lg bodoh yang cerdik jd lg pandai..

klo dnilai dr segi bhsa itu sndiri, sedih ak klo PPSMI ni d jlnkan, bhs melayu ni miskin sgt ke?teruk sgt ke xleh d jdkan bhsa ilmu?klo perancis bleh knpa kt xleh?

klo d nilai dr segi most of resource tuk scn and math ni dtg dr bi, ak skong ppsmi, ye la sume buku yg outstanding psl 2 subjek ni publish in bi, xdak bhs melayu..tp ak rs xkn lah bdak upsr pmr dh nk rujuk buku2 ni sume.ak kt matrik br blaja buku bi, xdok msalah pun..lg pn ak rs yg terror bi tuh tak semestinya terror math jgak kn?

klo di nilai dr segi PPSMI sbgai cara tuk kuasai bi, ak skong PPSMI.tapi kenapa scn n math je, subjek laen xleh ke?subjek agama ke?kn sng, in future akan lhir ramai org yng bleh g dakwah kt negara2 org puteh..

klo dinilai dr segi PPSMI ni nk mmudahkan student ble masuk u jap g sng nk catch up sbb kt u sume pakai bi, ak skong PPSMI..um, tp ade je yg terror bi tp math physic huh..

klo di lihat realiti dunia kini, negara yng jdkan bi as teaching language in scn n math, maju sgt ke dorg?-ghana, angola, india, maju sgt ke klo nk bandingkn german, rusia, perancis, jepun, china?

klo d jdkn peperiksaan awam tu ukuran tuk laksanakan PPSMI, ak bantah..pperiksaan awam?huh bias..


cnclusion, ak stil xdak satu stance yg benar2 konkrit,so,kata ak..byk lg kn kaji dgn sejujr jujurny, lbh2 lg psl perlaksaan..

BAHASA MELAYU BUKAN HAK BUMIPUTRA TAPI HAK WARGA MALAYSIA!!

ai said...

tabik spring toing3 kat systen...
betul, angola mmg tdk maju!

SUNQUICK said...

assalamualaikum

ak amat setuju dengan ape yg tlah dinyatakan oleh systen. PPSMI masih lagi di peringkat awal pelaksanaannya. pada dasarnye ia dilaksanakan utk memajukan penggunaan bhasa english terutama kepada studnt luar bndar. tp lama2 ia menyebabkan masalah terutamanye dr segi terpinggir nye bahasa kita sdiri. hati ak terdetik dengan kata2 anon kat atas "klo kita x laksanakan, de beza ngn thp pnguasaan kita"

PPSMI adalah satu bentuk solusi kepada msalah yg kita ada, namun ralitinye org melayu terutamanye tidak dpt cope dengan penguasaan BI. drpd x pndai BI saje kepda x pndai dua, BI n Sains, jd ape gunanye laksanakan PPSMI.

ak msih lg di atas pagar tnpa mngetahui adakah PPSMi ni bnda yg spatutnye kita bwt. Hanya Allah swt yg tahu segalanye. kita hanyala merancang dan mencoba. sesuatu hal mmg memerlukan pilihan, ttp jika sesuatu isu itu tdk dapt di kenal pasti yg mana btol dan salah, lgkah terbaik ialah berbincang antara byk pihak. smpai sekarang tiada pengumuman terbuka mngenai mesyuart atau ape sja bentuk perbincangn yg cuba di laksanakan.

HARAP PPSMI DAPAT DI KAJI SEMULA DAN DI BERI PENILAIAN SEBAIKNYE. DAN HARAPNYE STUDENT MELAYU BERUBAH LAH.LETIH KERAJAAN NK JAGA BAGI MAKAN NGN PELAJARAN TUK STUDENT MELATU, TTP RMAI JGK YG GAGAL.AS FUTURE DOC, I'LL DO MY BEST UTK TGK ANK BANGSA MAJU KELAK

wassalam...

INSAN YANG CONCERN said...

i honestly think that english is a language that cud only b empowered practically e.g by speaking... pengajaran math n sc kalau gune english budak2 bukan akan jadi power english pun..sbb subjects2 ni gune term yg senang.. esp maths la kan.. bwat ape nak ajar dlm bahasa inggeris subjects ni..sedangkan dalam bhasa melayu pund ah cukup mantap.. tgkla kite batch 11th colony..semue blaja dlm bm...tp masuk uia aku tak rase semue bodo BI kan?? semue org boleh speaking,just that nak atau tak sahaja...

tp uia dah menerapkan byk progs yg bolehkan students kita confident bile ckp english..so tak jadi masalah pun.. cume kerajaan ni je..dulu nak sgt mengampu dr mahathir, yg cume suggest..tp trus nak implement.. so jadiknye blaja maths n sc dlm bi.. sy pun tidk faham mengapa.. sedangkan ramai lagi yg tercicir..tak yah pg jauhla.. tgk budak2 yatim kat CAMAR pun tak faham sgt ape soklan dlm maths sbb gune english..pdhl diorang tau soklan tu nak ape bile kite explain in bm...

tp menteri ade ke nak turun kampung ceruk kat mesia ni tgk budak2 ni faham ke tak? menteri tau ke pelaksanaan ni berjaya or tak? menteri tahu bc statistics shj... taun ni meningkat..dan meningkat dan meningkat...itu aje keje die...

so buanglah pemimpin2 tak gune di msia.. then we can get a reform!

rama-rama said...

hmmm...
bkn isu besar pun sbnrnye...
aku rase dari awal2 dulu lagi ramai org x suke belajar science n math in english...cume dulu malas nk kecoh...
cume skrg ni...
maybe ade sorang anak org yg berpengaruh yg jadi mangsa program ni...maybe xdpt 5A sbb sains dpt B...
pastu start la nk cari sbb xdpt 5a...
start la isu PPSMI ni...
anyway, pttnye dari dulu lagi org dh buat PPSMI ni...
cume dulu x berani, skrg dh berani...

frodo said...

sama-samalah kita membuat tafsiran:

Memorandum GMP kepada Yang di-Pertuan Agong
Gerakan Mansuh PPSMI


Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik sekalian mohon diampun.

Adapun Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) ini telah dilancarkan di Kuala Lumpur pada 31 hari bulan Januari 2009. Alhamdulillah sejak itu sambutannya di seluruh negara sangat memberangsangkan.
Iklan




MENGAPA KAMI SEKALIAN MEMBANTAH PPSMI

Patik sekalian membantah PPSMI dan meminta kerajaan memansuhkannya atas beberapa sebab utama seperti yang kami jelaskan berikut:

1. Dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu (iaitu Bahasa Kebangsaan Malaysia) di sekolah kebangsaan yang telah dilaksanakan sejak Kemerdekaan berdasarkan Ordinan Pelajaran 1957, kemudian Akta Pelajaran 1961 dan seterusnya Akta Pendidikan 1996, telah mencapai kejayaan yang luar biasa dan tidak pernah menimbulkan apa-apa masalah yang besar dan serius.

Banyak pelajar kita, beratus ribu banyaknya, malah lebih 3 juta (dari tahun 1957 hingga tahun 2003) telah berjaya mempelajari ilmu sains dan matematik dalam bahasa mereka sendiri dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat institusi pengajian tinggi.

Semua orang tahu akan kejayaan dasar yang asal itu dan banyak bukti tentang kejayaan itu dapat kami tunjukkan tetapi kami tidaklah berhasrat untuk membebankan pembaca dengan datanya yang agak banyak dan panjang.

2. Tidakkah orang yang membuat keputusan yang tidak munasabah itu sedar bahawa hasil daripada dasar pelajaran kebangsaan yang menetapkan bahasa Melayu (Bahasa Kebangsaan Malaysia) sebagai bahasa pengantar utama, ratusan ribu pelajar kita (seperti yang tersebut di atas) pandai sains dan matematik dalam bahasa sendiri, dan ribuan daripada mereka berjaya menjadi profesor yang mengajar sains dan matematik di peringkat pengajian tinggi dalam bahasa sendiri, menjadi ahli sains, jurutera, pakar-pakar perubatan, pandai berbincang, mengarang buku sains, menerbitkan hasil-hasil kajian saintifik dalam bahasa sendiri, iaitu bahasa Melayu, di samping bahasa Inggeris (kalau perlu)?

Tidakkah mereka tahu bahawa sebelum tahun 2003 jumlah tesis Sarjana Sains (M. Sc.) dalam bidang sains dan matematik yang ditulis dalam bahasa Melayu berjumlah lebih 2,000 (dua ribu buah) manakala tesis Doktor Falsafah (Ph.D.) dalam bidang tersebut yang ditulis dalam bahasa Melayu berjumlah lebih kurang 400 buah?

3. Maka kami berasa amat hairan dan terperanjat mengapa dasar yang sudah baik dan berjaya itu, dasar yang tidak menimbulkan apa-apa masalah yang besar dan serius itu, tiba-tiba dimusnahkan dan digantikan dengan PPSMI?

4. Keputusan PPSMI yang dibuat dalam tahun 2003 itu dibuat dengan mengejut tanpa apa-apa perbincangan, tanpa apa-apa perundingan dengan pakar-pakar pendidikan dan bahasa, tanpa memikirkan baik buruknya terhadap bahasa Melayu dan terhadap pelajar dan guru yang telah cukup biasa mengajar dan belajar sains dan matematik dalam bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan (atau dalam bahasa ibunda di Sekolah Jenis-Kebangsaan Cina dan Tamil) selama lebih 37 tahun!

Tiba-tiba anak-anak kita yang tidak mengetahui bahasa Inggeris sepatah pun, kebanyakannya dari kawasan luar bandar, dipaksa belajar sains dan matematik dalam bahasa yang mereka tidak tahu itu. Beberapa orang ahli bahasa di Barat menganggap bahawa ini adalah contoh dasar English linguistic imperialism atau dasar penjajahan bahasa Inggeris yang berlaku di beberapa banyak negara bekas jajahan British, menyebabkan kebanyakan bangsa peribumi atau negara itu tidak maju sains dan teknologi.

5. Antara sebab yang dikemukakan oleh pihak yang cuba mempertahankan PPSMI ialah: Kalau orang Melayu atau pelajar Melayu mahu pandai dan maju dalam bidang sains dan matematik mereka hendaklah mempelajarinya dalam bahasa Inggeris, tidak dalam bahasa sendiri, yakni bahasa Melayu. Mengapakah setelah lebih 37 tahun pendapat yang salah dan karut ini digunakan untuk mengubah dasar asal dan menggantikannya dengan dasar PPSMI? Tidak ada bukti ilmu dan empiris yang kukuh untuk mempertahankan alasan itu.

Hampir semua bangsa dan negara yang maju sains dan teknologi mengajar sains di sekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi dalam bahasa kebangsaan atau bahasa ibunda mereka masing-masing. Sekadar menyebut beberapa contoh, Negara China, Jepun, Korea, Vietnam, Thailand, Indonesia, semua negara Eropah (termasuk Britain), Rusia dan negara-negara Skandinavia tidak mengajar sains dan teknologi dalam bahasa asing.

6. Kebanyakan negara Afrika yang menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Perancis sebagai bahasa rasmi dan bahasa pendidikan, baik di peringkat menengah dan peringkat tinggi, mahupun di peringkat sekolah rendah, tidak maju sains dan teknologi. Negara Brunei Darussalam tidak menggunakan bahasa Melayu untuk mengajar sains dan matematik di sekolah menengah dan di universiti dan kita tahu negara itu tidak maju sains dan teknologi, yakni negara itu tidak sama taraf kemajuan sains dan teknologinya dengan negara seperti Jepun, Korea dan negara China atau Taiwan.

Korea Utara adalah negara kuasa nuklear. Negara itu tidak mengajar sains dalam bahasa Inggeris. Begitu juga, di Filipina, negara berbahasa Inggeris yang terbesar di Asia atau Asean, tidak menggunakan bahasa Filipina untuk mengajar sains dan matematik di sekolah menengah dan di peringkat pengajian tinggi, dan kita tahun negara itu tidak merupakan negara maju sains dan teknologi.

Kebanyakan eksport Filipina, menurut seorang ahli ekonomi Filipina, ialah pembantu rumah dan pekerja biasa; kelebihan mereka ialah, mereka boleh bertutur dalam bahasa Inggeris di peringkat rendah.

7. Beberapa banyak kajian yang telah dilakukan oleh pakar-pakar pendidikan dan bahasa di seluruh dunia membuat kesimpulan bahawa manusia, mulai peringkat kanak-kanak, lebih mampu berfikir secara kreatif dan dapat memahami konsep-konsep ilmu dengan lebih mudah dan cepat dalam bahasanya sendiri.

Hal ini dapat kita lihat berdasarkan hakikat bahawa semua karya besar di dunia, baik dalam bidang sains mahupun sastera, dihasilkan dalam bahasa ibunda atau bahasa asal atau bahasa kebangsaan pengarang itu.

Kebanyakan pemenang Hadiah Nobel tidak datangnya dari golongan berbahasa Inggeris. Yang terbaharu, Hadiah Nobel Fizik tahun 2008 ialah 3 orang ahli sains Jepun yang menghasilkan kajian dan karya mereka dalam bahasa Jepun.

Kajian di Amerika Syarikat, Kanada dan beberapa buah negara di Eropah dan Afrika dan Hong Kong menunjukkan bahawa pelajar sains dan matematik dalam bahasa bukan ibunda merosot prestasi mereka dan tidak pula meningkatkan penguasaan atau kemahiran bahasa asing mereka. Pertandingan antarabangsa sains dan matematik yang diadakan tiap-tiap tahun untuk pelajar sekolah dimenangi oleh pelajar yang belajar sains dan matematik dalam bahasa ibunda masing, tidak dalam bahasa asing.

8. Setelah enam tahun berjalan, PPSMI masih tidak berkesan dan banyak menimbulkan masalah yang kebanyakannya tidak didedahkan kepada umum. Pengumuman Keputusan UPSR Tahun 2008 menunjukkan hanya 31.1% (159,234) murid sahaja daripada 511,875 murid Tahun 6 yang menjawab Kertas Sains dalam bahasa Inggeris. Ini bererti sebanyak 68.9% (352,641) murid tidak menjawab dalam bahasa Inggeris. Ini bukti kegagalan mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, walaupun dipaksakan kepada pelajar itu.

9. Dalam mata pelajaran matematik pula, 46.6% (238,153) murid daripada 511,499 jumlah murid yang menduduki peperiksaan Matematik UPSR menjawab dalam bahasa Inggeris. Ini bererti 53.4% atau seramai 273,346 murid menjawab dalam BM atau BM/BI. Ini juga bukti kegagalan pengajaran matematik dalam bahasa Inggeris kepada pelajar berbahasa Melayu.

10. Kedua-dua angka yang tersebut pada para 8 dan 9 di atas menunjukkan peratus pelajar atau seramai 352, 641 pelajar tidak faham bahasa Inggeris untuk menjawab soalan dalam bahasa ini, dan seramai 273, 346 murid tidak memahami matematik yang diajarkan dalam bahasa Inggeris. [Catatan: ini tidak bererti bahawa pelajar itu tidak mempunyai "otak" atau minat untuk belajar atau memahami sains atau matematik; puncanya ialah, mereka tidak memahami soalan yang dibuat dalam bahasa Inggeris, samalah seperti kita cuba mengajar sains dan matematik kepada pelajar Inggeris di England dalam bahasa Melayu atau bahasa Jepun dan bahasa-bahasa lain yang mereka tidak faham satu patah pun].

HASIL KAJIAN

11. Hasil kajian sebenar dan bebas yang dilakukan oleh pasukan penyelidik seramai 50 orang pensyarah dari 7 buah Universiti (UPM, UiTM, UPSI, USM, UUM, UMS dan UTM) dengan selain Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA) di 70 buah sekolah menengah (pelajar Tingkatan 4) dan 90 buah Sekolah rendah di seluruh negara (murid darjah 5) membuat kesimpulan bahawa PPSMI telah gagal memberikan manfaat kepada pelajar, khususnya pelajar-pelajar Melayu di sekolah kebangsaan luar bandar.

Di beberapa buah negeri, misalnya Perlis, Kelantan, Sabah dan Sarawak, peratusan pelajar yang gagal (markah D & E) melebihi 50%. Prestasi SPM 2007 jelas menunjukkan bahawa bilangan pelajar Melayu yang cemerlang dari Sekolah Berasrama Penuh dan Maktab Rendah Sains MARA (MPRSM) juga menunjukkan kemerosotan yang merudum, terutama dalam mata pelajaran Kimia dan Matematik.

12. Dua kajian lain telah dilakukan, iaitu (a) kajian yang dibuat oleh Profesor Emeritus Dato� Isahak Haron dari UPSI Januari 2008), terhadap 1703 murid tahun 5 di 28 buah Sekolah rendah dan terhadap 1692 guru, dan (b) kajian yang dibuat oleh Profesor Datin Dr. Juriah Long (dari UKM) ke atas pelajar Tingkatan 2 di 242 buah Sekolah Menengah di seluruh negara yang meliputi 7,236 pelajar (2004) dan 707 guru matematik dan 701 guru Sains. Hasil dapatan kedua-dua kajian ini hampir sama dengan kajian yang dibuat oleh PEMBINA.

APAKAH UKURAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGABSAHKAN PPSMI?

13. Perkara yang sangat merunsingkan kami ialah, dalam percubaannya untuk mempertahankan PPSMI dan membuktikan bahawa dasar PPSMI itu 'sudah berjaya' atau 'akan berjaya', para pegawai di Kementerian Pelajaran cuba menurunkan markah lulus mata pelajaran sains dan matematik sehinggakan murid yang mendapat markah 30% dianggap sudah boleh lulus (yakni mendapat markah B dan C).

Kalau cara yang 'mengelat' ini digunakan untuk mengatakan bahawa jumlah pelajar yang lulus dalam sains dan matematik dalam bahasa Inggeris semakin meningkat alamatlah mutu pelajaran pelajar kita dalam bidang ini akan menurun, tidak tinggi. Sebelum tahun 2003 semasa sains dan matematik diajarkan dalam bahasa Melayu mutu pelajaran dalam mata pelajaran ini tidak direndahkan atau dengan kata lain, markah lulusnya tidak diturunkan.

GMP TIDAK FANATIK BM DAN TIDAK ANTI BAHASA INGGERIS

14. Kami tidak didorong oleh apa-apa emosi atau fikiran yang tidak rasional atau oleh perasaan anti-bahasa Inggeris. GMP juga bukan 'gila bahasa Melayu'. Kami cuma mahu mempertahankan dasar yang betul dan baik dan menolak dasar yang salah. Dasar yang salah, yang boleh memudaratkan bangsa kita, harus ditolak. Dasar yang baik harus disokong.

Pendapat yang mengatakan bahawa bangsa yang tidak menuntut ilmu sains dalam bahasa Inggeris, bangsa itu tidak akan maju dalam bidang sains adalah pendapat yang sama sekali tidak benar. Kita tidak perlu membuang masa membuat kajian yang panjang lebar untuk membuktikan bahawa pandangan itu sama sekali salah.

15. Hal yang sangat menghairankan kami dan orang yang berilmu di mana-mana sahaja ialah, 'pendapat' atau 'teori' yang mengatakan bahawa pelajar kita boleh menguasai bahasa Inggeris dengan baik melalui pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Kalau pendapat ini benar, tidak perlulah pelajar kita belajar bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran tersendiri. Tidak pernah kita mendengar orang belajar bahasa asing melalui pelajaran sains dan matematik dalam bahasa itu.

Bahasa Inggeris seharusnya diajarkan melalui pelajaran bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang tersendiri (mengajar nahu, membaca sastera dalam bahasa Inggeris, dan sebagainya), tidak melalui pelajaran sains dan matematik. Kajian yang disebut para perenggan 7 di atas mengesahkan perkara ini.

16. GMP telah menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan serius untuk membaiki pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua atau bahasa asing (foreign language) di sekolah kebangsaan untuk memastikan pelajar kita dapat menguasai bahasa ini dengan baik setelah mempelajarinya selama sebelas tahun dari Darjah I hingga Tingkatan V.

Selama ini kebanyakan pelajar kita, terutama di Sekolah Kebangsaan di luar bandar, tidak fasih berbahasa Inggeris walaupun bahasa ini telah diajarkan kepada mereka selama 11 tahun. Masalah inilah yang sepatutnya diselesaikan oleh kerajaan, bukan mengubah dasar yang sudah baik dan berjaya, lalu menimbulkan masalah yang tidak patut timbul.

17. Terakhir, bangsa Melayu hendaklah sedar bahawa bahasa Melayu adalah salah satu bahasa yang terbesar di dunia, diketahui oleh lebih 280 juta manusia di seluruh dunia, khususnya di kawasan induknya, iaitu kawasan Melayu-Indonesia.

Akhir kalam, patik sekalian, dengan penuh takzim, dengan harapan yang tinggi, memohon kepada Ke Bawah Duli Tuanku, Raja Yang Berdaulat dan Ketua Perlembagaan Negara Malaysia, sudi apalah kiranya Duli Tuanku berkenan menerima Warkah Memorandum ini.

Atas limpah berkenan Ke Bawah Duli Tuanku menerima perutusan patik sekalian menghadap Tuanku untuk mempersembahkan Memorandum ini ke bawah Duli Tuanku, patik sekalian menjunjung kasih yang tidak terhingga, dan berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga Duli Tuanku Dilimpahi rahmat dan hidayah sebagai Ketua kepada Perlembagaan Negara Malaysia.

Sekianlah patik sekalian persembahkan. Wa billahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Patik sekalian yang berdatang sembah. _

Anonymous said...

igt, ppsmi bknny full bhs omputeh, dia wat dwi bhs, bhs melayu ada, bhs omputeh pn ade.

Anonymous said...

ppsmi dwibahasa? kehkeh

aku rase... said...

aku rase...
sume komen2 korang logic.
awat la gomen (goverment) nk wat ppsmi ni kat skola? bdak2 bru nk develop basic, foundation pn xdak, nk blaja math n science dlm bi. mmg la tunggang langgang.
aku rase la, wat math n science in bilanguange. spe nk jwb xm dlm bi, jwb dlm bi, spe opt to malay, jwb dlm malay. ok x?
aku rase la. skola math n science in malay. tp tym matrix, form 6, college and any other tertiary education institution, blaja math and science dlm BI. sbb, skola build foundation. nnt nk blaja math n science dlm english senang.
aku rase la...

Anonymous said...

aku rase ada sesetengah orang ada excessive pride ngan BM. kalo kat sekolah dulu pun aku rase mase utk bljr BM mcm dah terlebih.

dulu kat sekolah aku dia dengan sesedap hatinya kurangkan mase bljr BM kurg drpd yg dittpkn KPM. mase yg dikrgkn tu diganti ngan bljr subjek sains & math. mase aku form 4 ade sorg form 4 baru kt sekolah aku dia ckp dia rase bernasib baik dpt masuk sekolah aku sbb sekolah dia dulu bljr BM byk sgt, mcm spnjg mggu pn asek bljr BM shj.

lg 1 aku rs subjek kemahiran hidup skrg dh obsolete la. skrg buat apa nk bljr psl tukang kayu ape sume. aku tk suka tol pertukangan kayu masa bljr kt sekolah dulu. baik ganti ngan subjek lain cam ekonomi ke, baru la tk jadi buta ekonomi cam aku ni, bila tgh world economic crisis baru terpinga2.

hoho, mtk maaf la kalo komen ni tk relevan, ni just for the sake of mengomen.

Anonymous said...

excessive pride ngan BM??
kah...kah..

Anonymous said...

aku tidak mengenali siapakah systen yg sebenarnya, tp aku tabik spring toink toink dgn pendapat dia yg sgt munasabah

Insan Yang Concern said...

aku rs takla excessive pride dengan bm...takde masalah pun blaja bm byk2 , sbb itu bhs kita..but the thing is blaja sc n maths in english..sedangkan kalau dulu org kampung yang tak pandai bi,sangkut2 pun subjek bi je la..sc n maths still leh score..tp kalau dah sc n maths pun english..camne org kampung n org luar bandar?

kite kalau bwat policy kene ambil kira semue genap masyarakat..bukan setakat masyarakat bandar sahaja yg dpt untung...

pemimpin kite kebanyakannya overseas grad..takde smngt nasionalisme pun... tambah2 lagi yg suke bunuh orang..haha

Anonymous said...

pe kata org kampung blaja dlm bm, org bndr blaja dlm bi?

Anonymous said...

If students take Islamic study as their course, he/she have to prepare themselves in learning Arabic. Why? Simply because the reference, logs, books and Islamic knowledge itself is in Arabic. Thus, learning Arabic is a compulsory. It is simply because the nature of the knowledge is in Arabic. The same applies to math and science. The knowledge was earlier been conquered by European because their sacrifices and ability to learn Arabic in order to mastered in Science.
Why we must let PPSMI? Because all the reference, books, logs, notes are all written in English.
(dipetik dari 1 komen dalam blog http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/03/pengajaran-dan-pembelajaran-sa.html#more

Anonymous said...

cube ko tny feroz, kot2 dia ada jual buku dalam bhs melayu.~

frodo said...

1-memang benar dengan melaksanakan ppsmi, kira mampu membri drive kepada anak bangsa, memang benar, semasa zaman rainesence, orang eropah memprlajari ilmu dalam bahasa arab lalu ditukar ke bahasa latin, memang benar hampir kesemua penulisan ilmiah adalah dalam bahsa inggeris, dan perlaksanaan ppsmi memudahkan akses tersebut

2- tetapi kemajuan apakah yang kita inginkan ,apabila bahasa ibunda tidak dituturkan secara ilmiah, cuma dianggap bahasa pasar.

3-satu perkara yang harus kita sedari ialah wujudnya jurang pendidikan yang luas antara masyarakat luar bandar dan bandar. secara kasar, best student sekolah kampung, mungkin hanya mampu mendapat b3 dalam bahasa inggeris. ini adalah realiti. bahkan sekolah berstatus luar bandar dibandar2 besar seperti kuantan, ipoh, alor setar turut menghadapi masalah yang sama. bagaimana pula dengan kawasan pedalaman seprti sik ,cerok tokkun ,sabah dan sarawak

4- bolehkah dibanggakan peprksaan awam yang terpaksa direndahkan grednya, yang terpaksa dinilai sebanyak 4 kali...

5-secara amnnya ,masyarakat kampung adalah lemah berbanding luar bandar. pendidikan merupakan satu isu yang srius ,dengan pendidikan kita mampu mengstuktur sosio ekonomi masyarakat untuk mejudkan kelompok besar golongan pertengahan,

6- dengan membebankan golongan yang lemah, mereka akan terus ketinggalan dan golongan yang kuat( masyarakat bandar) yang mampu bersaing akan terus menjadi kuat

7- maka yang lemah akan terus menjadi lemah dan yang kuat akan terus menjadi kuat. ini adalah 1 kesilapan besar dimana stuktur sosioekonomi telah direncatkan, dan masalah inilah yang menghantui india dan filipina.

8- apa yang dibimbangkan adalah kesan jangka masa panjang ppsmi. kelompok masyarakat yang bertutur dan mengajar anak mereka bertutur dalam bahsa inggeris telah wujud di bandar2, dan merupakn kelompok kecil buat masa ini, PPSMI akan menyemarakkan lagi kelompok ini untuk terus berkembang.

9 -tidak mustahil 20 tahun dari sekarang, cohort effect will take place dimana suasana( bertutur dlam b,inggeris) akan mempengruhi individu, lumrah manusia akan bertutur dlam bahsa yang mereka selesa dan bahsa yang mereka fikirkan. Dan apabila suasana ini belaku...

10- dimana bhasa Melayu. dan perkara ini tidak mustahil berlaku 10-20 tahun dari sekarang

frodo jugak said...

i think ...
hope that we can learn from meiji revolution that take place in japan in 1840-1860

how japanese change their society from samurai structure to modern stucture without affecting their culture

how they adapt to modern technology and how they change their education system. in late 1890, japan manage to beat chinese aramada and also the russian.
they impliment modern knowledge in japanese langguage.

at that time, japan was the only non western country that were developed

we also should learn why qin dynasty(china) did not manage to in thier revolution finally end up in people revolution by dr sun yat sen.

i frankly belive the answer will lead to jawapan sebenar kenapa ppsmi harus dimansuhkan.

Anonymous said...

kita masa kita kecik2( sekolah rendah n menengah), kita belajar agama guna bahasa melayu..sbb nak bg mudah paham, tak salah paham, sbb secara asasnya kita lebih mudah paham bila belajar dlm bhs kita sdiri..bila dah masuk u @ lebih tinggi lg kita belajar la guna teks arab plk sbb nak mendalami ilmu tu..

jd nya dlm kes ppsmi ni,
tak boleh ke kita belajar dlm bhs melayu dulu, biar kita lebih kenal jatidiri kita sbg bangsa melayu, biar kita tak mudah goyah dgn westernization, n efek laen2 nya..
bila dah masuk u bljr la guna bahasa inggeris.

Ttg buku teks plk,
rasenya lps ppsmi dilancarkan baru la ada buku teks sekolah rendah n menengah yg guna bhs inggeris sbg medium ( makna kata,sblm tu mmg buku teks dlm bhs melayu), bila dah masuk u belila la buku teks perubatan dlm bhs inggeris dgn feroz...

sekadar pandangan.

farhanah said...

hmm...westernization???confuse eh, cmne using english in everyday life is considered as westernization??? what d u mean by dat??? hope can xplain some more...

Anonymous said...

i nvr consider using english in communicating as westernization, in fact, it is good..

what i said biar kita kenal jatidiri kita, asal usul kita dulu, then nak bljr ape2, go on..

n what i mean is that kalo kita takde jatidiri, we tend to imitate others..we should hv our own identity 1st..

farhanah said...

owh ic ic ic...btul2 tu that's true.esp around dis age(2puluh an)we r still looking for our own identity. n dis is much3x more critical to da teens. this is where environmental factor takes place. all da peers pressure, surroundings etc. that's why, if they r from good family(good islamic understandings bckground, good friends, etc)these ppl somehow have made a barrier for themselves to repel all those influences eventhough they yet to find their own personal identity.
u know what, it s really sad when i see in u tube or in tv programmes how our teens/young generations nowadays. if u r not xpose to dat kinds of environments but wish to see it, i suggest u guys to see tv programmes eg: dunia baru etc. all these programmes potrayed what's happening now. dat's what literacy of dramas for example is all about- potraying what's happening in da local community.
hurmmm...somehow dis has deviated from da original discussion.

abt da PPSMI, how much subjects u learn in english, they r all in ur head. what i meant by dat is, u learn in english, but da output is how u apply what u ve learnt in everyday lives/future. even if u say u hv to speak english or practice to xplain da stuff u learnt in english, tell me how much percent is dat going to contribute to ur speaking developmnt???mastering some verbs mainly use in dat area is da advantage if u learnt dat in english. that's undeniable truth. however, like i said b4, they r all in ur head. in everyday conversation, even when xplaining those difficult stuff like medicine, even english ppl/omputeh dont use dat complex words. simple eg is 'venue'. if u ask omputeh what's da venue for our meeting? i can guarantee u they will ask u again, what is it?/pardon me?/sorry? or they ll take 2 minutes to understand what da hell is 'venue' is. so, instead of asking 'what's da venue for our meeting?' ppl use dis question(including omputeh) 'do u know where r we going to meet?' just as simple as dat.
one more thing, when doing clinical,r u going to use all da medical jargons to ur patients? absolutely not. u have to practice how to xplain all da difficult stuff u ve learnt in medicine into a very simple xplaination dat ur patients can understand. when u r speaking to ur collegues, u r not going to use all da bombastic words but use simple verbs dat anyone can understand. speaking english is x da matter of how terrer u r speaking BUT it s a matter of how successful u deliver what u want to say to da other party. So, PPSMI r x going to help students improve their english but it will mostly create new problems to students from rural area etc.
To become very good in english is to be brave to speak in english. use simple words to communicate n make it as natural as possible like how u speak malay/mother tongue. if u just keep all da verbs u know in ur head, i can guarantee dat u r going nowhere. u ll just stutter/mumble when u speak. coz, speaking english need confidence which r x build in one/two days but from continuous practice n xposure.

Anonymous said...

i knew u r not urself agree with ppsmi..i knew it yet from the very beginning when u provoc me with the question..i like ur way farhanah!hehe..

systen said...

bismilah..

penutur bahasa Inggeris iaitu Gladwell sendiri menolak keberkesanan bahasa tersebut sebagai bahasa pengajaran ilmu hisab

http://kembarapencintabuku.blogspot.com/2009/03/mengapa-tidak-belajar-matematik-dalam.html

lidocaine said...

jom belajar blok 4 perubatan dalam bahasa melayu:

central nervous system: sistem saraf pusat

spinal cord: saraf tunjang

hyperacusis: pekak badak

torticollis: kepala teleng

cerebrospinal fluid: air tulang belakang

stroke: angin ahmar

brain stem: batang otak

white matter: jirim putih

grey matter: jirim kelabu

midbrain: otak tengah

ascending tract: trek menaik

descending tract: trek menurun

applied anatomy: anatomi gunaan

thalamic radiation: pancaran talamus

seizure: sawan

??: sawan babi

afferent fiber: serat aferen

systen said...

aku paling suka istilah batang otak.uh uh uh ..
???
lidocaine,dalam ilmu hisab ad x istilah2 bgus dan mencuit hati?

guildasouppe said...

semua nak belajar dalam bahasa melayu.
sampai bila anak anak kita akan maju?
boleh belajar semua dalam bahasa melayu.
tapi bila dijemput memberikan ceramah atau kongsi pendapat bersama mat saleh, minah jepun korea, brader rusia xkan nak ckp melayu?
malu la. sedang diorang ckp inggeris dgn kita.
lainlah jika kita negara maju, bahasa kita diakui sebagai bahasa di PBB.

Anonymous said...

guildasouppe,
jepun maju sebab diorang guna bahasa sendiri utk belajar sains,bukannya lepas maju baru guna bahasa jepun...sila baca sejarah negara jepun dan jerman!