04 November 2010

Dua Penghuni Neraka

Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
Dalamsebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab
Shahihnya,hadis no: 2128, Rasulullah SAW bersabda:

“Terdapat dua golonganpenghuni neraka yang saya tidak akan jumpa: (Pertama) Orang yang memiliki alatpemukul seperti ekor lembu yang mereka menggunakannya untuk memukul orang dan(Kedua) wanita yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung lagimencenderungkan. Kepala mereka seperti bonjol unta yang condong ke sebelah.Mereka tidak akan memasuki syurga dan tidak akan menghidu baunya sekalipun bausyurga itu dapat dihidu dari jarak yang sekian-sekian.”

gambar-api.jpg
Hadis ini mengandungi beberapa pengajaran menarik yang ingin saya kongsikan bersama para pembaca sekalian, agar kita sama-sama dapat mengambil iktibar. Hadis ini dimulai dengan penjelasan tentang dua golongan penghuni neraka yang Rasulullah SAW tidak akan jumpa. Ertinya dua golongan tersebut ialah dari kalangan mereka yang hidup selepas kewafatan Rasulullah. Ini merupakan salah satu bukti kebenaran hadis-hadis baginda, di mana apa yang baginda ramalkan seribu empat ratus tahun yang lalu benar-benar berlaku.

Golongan pertama ialah mereka yang memiliki alat pemukul seperti ekor lembu, yakni tali sebatan. Mereka menggunakannya untuk memukul orang-orang lain. Ini merujuk kepada orang-orang yang memiliki kuasa lalu menggunakan kuasanya untuk menghukum orang lain tanpa pengadilan yang sewajarnya. Tentu saja yang segera terlintas di fikiran kita ialah para pemerintah yang diktator. Ini benar namun tidak tepat kerana hadis di atas bersifat umum, bererti ia merujuk kepada sesiapa jua yang memiliki kuasa lalu menyalahgunakan kuasanya untuk menghukum orang secara tidak adil.

Justeru selain pemerintah negara, ia juga boleh merujuk kepada pengarah syarikat, ketua jabatan, amir jamaah dan juga seorang ayah. Berdasarkan kaedah qiyas (analogi), cara menghukum tidak terhad kepada tali sebatan yang diberbuat dari ekor lembu sahaja. Apa sahaja alat atau cara yang dapat menghukum dan mendera seseorang termasuk dalam kategori ini. Oleh itu sesiapa juga memegang kuasa dalam apa jua irisan, hendaklah menjadikan hadis ini sebagai peringatan, Jangan menghukum orang bawahan sesuka hati, sebaliknya adililah mereka dengan seadil-adilnya. Hendaklah mendengar hujah atau pembela mereka seandainya mereka bersalah dan berilah hukuman yang bersifat mendidik dan membina.

Golongan kedua merujuk kepada para wanita yang memiliki beberapa ciri berikut. Pertama, mereka berpakaian tetapi telanjang. Maksud telanjang dalam konteks ini ialah wanita yang mengenakan pakaian yang nipis sehingga menampakkan aurat mereka di sebaliknya. Juga wanita yang mengenakan pakaian yang ketat sehingga menampakkan bentuk badan mereka di sebaliknya. Tidak ketinggalan ialah wanita yang memajai pakaian yang terbelah di sana-sini sehingga sekalipun ia menutup aurat, pada hakikatnya aurat-aurat tersebut akan terdedah ketika berjalan atau ditiup angin.

Kedua, ia merujuk kepada wanita yang bergaya, berjalan dan berfesyen dengan sesuatu yang memiliki kecenderungan atau tujuan untuk menarik perhatian lelaki. Seterusnya secara sedat atau tidak, wanita ini menjadi ikutan wanita lain untuk turut bergaya, berjalan dan berfesyen dengan sesuatu yang memiliki kecenderungan atau tujuan untuk menarik perhatian lelaki. Fenomena sebeginilah yang disebut sebagai "trend" masa kini dan inilah yang dimaksudkan dengan sabda baginda sebagai "...yang cenderung dan mencenderungkannya." Antara fesyen yang dimaksudkan ialah mengikat sanggul di belakang kepala dengan menyudutkannya ke atas. "Trend" yang bergelar sebagai "sanggul Arab" dianggap terkin ioleh sebahagian wanita masa sekarang, sama ada yang bertudung atau tidak. Namun fesyen ini telahpun diamalkan oleh Rasulullah SAW seribu empat ratus tahun yang lalu. Ia baginda umpamakan sebagai bonggol unta. Hanya bonggol unta yang menyudut lurus ke atas manakala sanggul arab menyudut keatas sambil condong ke belakang.

Ada yang begitu taksub dengan fesyen sanggul Arab ini sehingga sanggup memakai rambut palsu yang diikat sebagai sanggul atau membeli terus sanggul palsu. Ada juga pekedai yang menjual tudung arab lengkap dengan sanggul arab tiruan di dalamnya. Semua ini menambah kesalahan, menambah dosa. Ini kerana mereka melakukan dua kesalahan, pertama ialah berfesyen sanggul arab sementara kedua ialah memakai sanggul palsu. Sanggul palsu termasuk dalam kategori rambut palsu yang diperingatkan oleh Rasulullah SAW: "Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dengan rambut lain dan wanita yang meminta rambutnya di sambungkan." [Shahih al-Bukhari, no. 5934]. Maksud menyambung rambut ialah mengenakan rambut palsu, tanpa dibezakan sama ada ia dari rambut manusia, haiwan atau buatan manusia.

Penting untuk dibezakan bahawa hadis di atas bukan bermaksud mengharamkan sanggul. Wanita yang berambut panjang boleh bersanggul, dengan syarat sanggul itu diikat di belakang dengan menyudut ke bawah. Apa yang diharamkan ialah sanggul yang diikat dengan menyudut ke atas seperti bonggol unta. Oleh itu, sama ada bertudung atau tidak, hendaklah dijauhi fesyen sanggul arab.

Setelahmenerangkan ciri-ciri kedua-dua golongan tersebut, Rasulullah SAW menambah bahawa mereka bukan sahaja akan menjadi penghuni neraka tetapi akan dijauhkandari syurga sejauh-jauhnya. Mereka bukan sahaja tidak melintas di tepi syurga,tidak melihat syurga, bahkan tidak dapat menghidu keharuman syurga padahalkeharuman itu dapat dihidu dari jarak yang jauh. Ini menunjukkan kedua-duagolongan di atas berada benar-benar jauh dari syurga Allah. Semoga ini menjadiperingatan yang melekat dalam diri kita, dalam tanggungjawab harian kita dandalam fesyen harian kita.

03 November 2010

Jauhkan bukan Islam dari Islam!!!!

Jauhkan Bukan Islam dari Islam!


Penglaman setahun menjadi presiden Durham University Islamic Society membekalkan pengalaman yang amat berharga bagi diri saya. Jika selama ini pergaulan bersama bangsa berlainan merupakan satu perkara yang amat mudah bagi diri saya, tetapi pengalaman mengurus, mentadbir dan memerintah umat Islam dari pelbagai bangsa dan latar belakang membuka ruang horizon yang baru. Setahun lepas yang dilalui memberikan pengalaman dan debaran pada setiap detik yang berlalu. Suka, duka, marah, gembira menjadi ulam dan perencah kehidupan di bumi Durham, UK.

Agak menarik, populasi Muslim yang hampir 500 orang (tidak termasuk anggota keluarga dan anak-anak) dari pelbagai negara menjadikan Islamic Society di Durham begitu berwarna warni. Jika di kebanyakan universiti di UK, Islamic Society lebih didominasi oleh pelajar pra-siswazah yang berketurunan British Muslim (majoritinya berketurunan India Muslim), di Durham ia agak berbeza. 90% anggota Islamic Society merupakan warga PhD dan juga mereka yang bekerja serta berkeluarga. Keadaan ini memberikan keadaan yang amat mencabar bagi sesiapa sahaja yang menjawat jawatan nombor satu untuk mengawal Pak-Pak Arab, Pakistan, Turki, Iran dan pelbagai bangsa yang wujud mewakili umat islam dari negara masing-masing.

Pelbagai konflik yang berlaku untuk dikongsikan dan dicoretkan, tetapi ianya tidak perlu dan tidak memberikan apa-apa pengajaran kepada para pembaca sekelian. Cuma ruang konflik yang berlaku seringkali timbul dan ditimbulkan oleh sekelompok manusia Muslim konservatif yang enggan membuka fikiran mereka. Seperti di kebanyakan universiti lain di UK, Islamic Society yang memilih jalan moderat dan keterbukaan akan sentiasa menerima tentangan dan kritikan dari golongan konservatif dari dua aliran utama. Aliran pertama diwakili oleh golongan tradisionalis yang taksub mazhab (kebanyakannya adalah golongan India Muslim bermazhab Hanafi) dan golongan kedua adalah golongan Salafi (atau lebih popular dengan label Wahabi). Syukur di Durham tiada unsur radikal lain seperti Hizbut Tahrir ataupun golongan militan Ahbash.

Seperkara yang menarik ialah mengenai program National Iftar day yang diadakan di kebanyakan universiti di UK sewaktu bulan Ramadhan. Kebiasaannya, pihak berkuasa universiti dan juga para pelajar non-Muslim akan dijemput unutk hadir berbuka puasa dan bersama merasakan ukhuwwah di kalangan Muslim ketika berbuka puasa. Ianya juga menjadi medan dakwah untuk masyarakat non-Muslim di kalangan pelajar universiti untuk melalui pengalaman menyaksikan umat Islam beroslat dan juga peluang untuk mereka bertanya terus kepada para Muslim pengalaman mereka berpuasa. Program tersebut merupakan salah satu daripada seribu medium dakwah di bumi UK.

Bagi Durham University Islamic Society, bukan hanya wakil non-Muslim di dalam universiti (seperti VC, Dekan dll.) sahaja yang diundang, malah pihak polis, Mayor (Datuk Bandar), pihak council (Majlis Bandaraya) dan juga pertubuhan pro-Palestin yang dianggotai oleh majoriti non-Muslim menjadi tetamu lazim. Kebanyakan mereka yang hadir akan diberikan hadiah untuk dibawa pulang berisi buku-buku dan juga bahan-bahan dakwah yang lain. Selain daripada menyaksikan video mengenai ramadhan dan juga mendengar taklimat dari pihak Islamic Society mengenai erti sebenar Ramadhan dan puasa, mereka juga diberikan peluang untuk berucap. Seringkali pihak Majlis Bandaraya akan berucap di majlis separa formal tersebut.

Apa yang menarik, dua golongan konservatif yang telah disebutkan sering akan bangkit memprotes. Oleh kerana majoriti lebih memihak kepada program tersebut, maka suara konservatif hanya menjadi komen-komen pinggiran sahaja. Ini jugalah pengalaman yang telah saya lalui pada tahun yang lalu... amat sukar untuk membuka mata mereka untuk menerima program tersebut sebagai medan dakwah. Seperti sesetengah orang Melayu yang mereasakan Islam adalah milik esklusif orang Melayu sahaja, begitu juga golongan konservatif tersebut. Alhamdulillah mereka amat minoriti dan tidak memberikan kesan pada tahun sudah. Malangnya oleh kerana pada tahun ini presiden yang telah dipilih merupakan wakil dari salah satu golongan tersbeut, maka pada tahun ini program dakwah seumpamanya tidak dijalankan. Alasan mereka, tiada dana untuk program sedemikian...

Di dalam kesedihan melihat cahaya dakwah yang semakin cuba dipadam oleh golongan konservatif di Durham, hati saya semakin sayu membaca apa yang berlaku di tanah air. Demi memperjuangkan politik sempit dan juga membangkitkan api perkauman, sesetengah golongan berkepentingan di Malaysia cuba memadamkan cahaya dakwah dengan melarang non-Muslim masuk ke surau dengan pelbagai alasan yang dangkal. Lebih malang lagi, pelabagai fitnah dilemparkan terhadap usaha suci murni dakwah dengan mengheret pihak istana. Inilah padahnya apabila golongan konservatif menguasai institusi agama. Samada yang taksub mazhab, taksub bangsa ataupun taksub parti...natijahnya, cahaya dakwah Islam akan terpadam...

Keadaan menjadi lebih parah lagi apabila usaha mendoakan agar bukan Islam diberikan hidayah pun diHARAMkan dan dijadikan isu politik. Apakah golongan terdesak dan taksub bangsa ini sudah hilang nilai dakwah?

Semoga Allah menyelamatkan agama ini dan menunjukkan kepada golongan yang berkepentingan ini cahaya kebenaran...

Maszlee Malik
Mantan Presiden
Durham University Islamic Society (2009-2010)

17 July 2010

Bedah Siasat atau Autopsi Jenazah

Soalan : Apakah hukum melaksanakan kaedah autopsy/bedah siasat ke atas mayat dan berikan dalil yang mengesahkan pernyataan tersebut..
Jawapan :
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-25 yang bersidang pada 13 Disember 1989 telah memutuskan;
“Pembedahan mayat orang Islam hanya boleh dilakukan jika keadaan benar-benar memerlukan (dharurat) sahaja seperti terlibat di dalam kes-kes jenayah yang sangat memerlukan post mortem atau si mati tertelan benda yang berharga atau si mati yang sedang mengandung sedangkan kandungannya masih hidup.”
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-61 yang bersidang pada 27 Januari 2004 dalam membincangkan mengenai hukum bedah siasat mayat yang kematian bukan dikategorikan kes jenayah telah memutuskan;
“Hukum asal pembedahan mayat adalah haram tetapi dibolehkan sekiranya dalam keadaan dharurat dan terdapat keperluan yang mendesak seperti membuat kajian terhadap penyakit, mengenalpasti punca kematian dan penyelidikan serta pendidikan khususnya dalam bidang perubatan.”

29 June 2010

Paradigma Perubatan dan Hospital Islam

perubatanislam.jpg
“Islam tidak mengutamakan siapa yang patut terlibat. Tetapi Islam membuat ketentuan tentang siapakah yang tidak patut terlibat dalam hal ini. Soal mematikan mesin penyokong nafas bagi pesakit mati otak, bukanlah subjek agama. Ia adalah isu perubatan. Maka pegawai perubatanlah yang menentukannya. Pegawai agama hanya bertindak menyelia dan menasihat”, saya menyelesaikan konklusi pembentangan kertas kerja saya.
Tengah hari itu, saya membentangkan kertas kerja tentang pandangan Islam di dalam persoalan Euthanasia dan Mati Otak. Diskusi tersebut, diusahakan oleh pelajar-pelajar perubatan di The Queen’s University, Belfast, yang mengambil subjek Etika Perubatan.

Saya telah jelaskan kepada peserta, bahawa Islam mempunyai persamaan dengan pandangan Kristian dan Yahudi dari aspek memuliakan nyawa manusia. Namun dalam kes Euthanasia dan Mati Otak, Islam tidak mengutamakan soal siapakah yang patut terlibat untuk membuat keputusan mencabut mesin sokongan nyawa, apabila pesakit telah mati otak. Sebabnya, ia sudah jelas. Kes menghentikan sokongan mesin bagi pesakit yang mati otak ini adalah kes perubatan, maka mereka yang ahli di dalam perubatan yang sepatutnya membuat keputusan tersebut.
Berbeza dengan wakil Protestant dan Katholik yang beberapa kali menyatakan kekesalan mereka, lantaran Chaplain di hospital sering tidak dilibatkan. “Kesan sekularisma, memencilkan agama dari kehidupan!”, kata mereka.
Sebaliknya, Islam lebih memberikan penekanan tentang siapakah yang tidak patut terlibat dalam membuat keputusan itu. Umumnya, mereka yang berkepentingan mesti dihindarkan dari mempengaruhi keputusan itu. Pewaris harta, pegawai pendermaan organ, dan sebagainya. Ini adalah demi memastikan keputusan mencabut sokongan mesin itu, adalah 100% demi kebaikan pesakit.

23 February 2010

Facebook: Antara Pro dan Kontra

assalamuaikum sahabat2 sekalian.. sedikit perkongsian untuk kita bersama.. tertarik dengan artikel ni, sila baca ...
http://saifulislam.com/?p=6714

wassalam.

24 January 2010

Triple I medicine Symposium 2009


ps:Salam all.Boleh beri nama pada Ina dan Aliah utk pendaftaran beserta bayaran RM20.Thanks.

07 January 2010

j0m ke SEMINAR MAHASISWA MENGGUGAT : realiti atau fantasi?


salam...kepada sesiape yg berminat, bley la c0ntact sy (j0h) or PIC yg dlm p0ster ni...tq.. =)
basically, pengisian pr0gram ni f0cus on menyedarkan mahasiswa ttg peranan sebenar kte...

05 December 2009

04 December 2009

Triple-i Medicine Symposium 2009



Come and join us. The final triple-i Medicine Symposium.
Fees only RM20 for IIUM students that will include 8 meals
For more info,click here

01 December 2009

majlis perpisahan bersama Dr. Rafidah

seperti yg semua sedia maklum, pada hari jumaat ini bersamaan 4hb disember akan diadakan majlis perpisahan bersama Dr. Rafidah.ia akan diadakan di Lecture Hall 1, IMC. tentatif adalah seperti berikut:

2.15pm : Students arrival
2.25pm : Dr. Rafidah's arrival
2.30pm : Opening remarks by MC
             : Qur'anic recitation
2.40pm : Speech by student's rep
2.45pm : Speech by Dr Rafidah
3.30pm : Multimedia presentation
3.40pm : Sovenirs giving ceremony
3.50pm : Photography session
4.00pm : End
semua adalah di jemput hadir..tq